Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penuntut Al-Azhar Dari Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Terengganu yang kritikal akibat pendarahan...

TUDM Hentikan Semua Operasi...

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata helikopter Nuri milik...

Kebakaran Belukar Dan Hutan...

KOTA KINABALU - "Kes kebakaran melibatkan belukar dan hutan di daerah Keningau ekoran...

UMNO Terima Semua Nama...

SEREMBAN: Semua Badan Perhubungan UMNO negeri sudah menyerahkan nama calon masing-masing kepada UMNO...

CEO Aer Lingus, Bakal Gantikan Ahmad Jauhari?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan Aer Lingus yang akan meletakkan jawatan disebut-sebut bakal mengetuai syarikat Malaysia Airlines (MAS) selepas proses penstrukturannya selesai.

Julai lepas syarikat penerbangan dari Ireland itu, mengumumkan CEO mereka itu Christoph Mueller dikatakan akan meletakkan jawatan bermula Mei tahun depan, tetapi tidak dinyatakan ke syarikat penerbangan mana ia akan pergi.

Perkara itu dipetik dalam satu laporan portal berita The Malaysian Insider (TMI) hari ini yang memetik sumber.

Aer Lingus dan MAS merupakan syarikat penerbangan bersekutu.

[BACAMAS Akan Menerima CEO Baharu – Khazanah Nasional]

“Mueller sesuai untuk tugasan itu,” kata sumber dalam laporan TMI itu.

Ketika ini, jumlah pegangan saham terbesar dalam MAS ialah Khazanah Nasional Bhd dan mereka dilaporkan telah menyenaraikn beberapa calon untuk menerajui MAS dan dikatakan telah memilih Muller bulan lalu tetapi butiran mengenainya tidak boleh didedahkan.


Mueller menyertai Aer Lingus pada bulan September 2009 dan mengembalikan syarikat penerbangan itu dari zaman kemundurannya.

Pada 30 Ogos lepas, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar mengumumkan bahawa pihaknya kini sedang meninjau calon berpotensi dalam industri penerbangan globak dan juga tempatan untuk menerajui MAS.

Menurut beliau, CEO baharu yang akan menggantikan Ahmad Jauhari Yahya itu akan diumumkan pada akhir tahun ini.

Kontrak Ahmad Jauhari Dilanjutkan Setahun Lagi

Ketika ini, MAS masih diterajui Ahmad Jauhari yang kontrak tiga tahunnya bakal tamat bulan lepas tetapi disambung perkhidmatannya sehingga 1 Julai tahun depan. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori