Demonstrasi dan ceramah yang dianjurkan oleh Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) terganggu apabila sekitar 30 lelaki bertindak menyerbu Speaker Corner di Esplanade, Pulau Pinang semalam.
Sambil menjerit perkataan ‘balik!’ ‘balik!’ mereka mengarahkan peserta demonstrasi termasuk beberapa wajah yang dipercayai warga negara luar supaya bersurai.
Akibatnya jurucakap GHAH Ong Jin Cheng yang baharu sahaja memulakan ucapannya kira-kira pukul 6 petang tidak dapat meneruskan hasratnya dengan lancar.
Dilaporkan berlaku pergelutan kecil selepas itu sebelum pihak polis campur tangan untuk menghentikannya daripada berterusan.
Bagi mengawal keadaan 20 penyokong GHAH termasuk Jin Cheng dan aktivis SUARAM serta Bersih, Prema Devaraj dan Toh Kin Woon kemudiannya diiringi keluar padang oleh pihak polis.
Mereka sempat melahirkan kekecewaan dengan kejadian ini tetapi bertegas akan tetap menuntut supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. – mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB
Sumber1 / Sumber2