Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tidak Perlu Tutup Pintu...

KUALA LUMPUR : Tiada keperluan bagi negara menutup pintu sempadan antarabangsa termasuk menguatkuasakan...

Musa Aman Tiba Di...

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini...

Perkahwinan Wan Raja ‘Anu...

Populariti namanya tidaklah sehebat artis-artis lain. Malah bagi sesiapa yang tidak mengenali aktres...

Tan Sri Shafee Akan...

KUALA LUMPUR – Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah...

Cikgu Tak Lagi Dibenarkan Berniaga Online @ Di Laman Sosial

Bukan rahsia lagi, guru antara golongan yang amat rajin menjadikan perniagaan sebagai kerjaya sampingan.

Daripada berniaga kecil-kecilan seperti menjual kain pasang pada rakan-rakan guru lain sampailah menyertai jualan langsung, semua ini tak asing lagi dalam kalangan pendidik Malaysia.

Terbaru, golongan guru ikut sama memeriahkan cabang perniagaan atas talian (online) yang semakin meriah kerana mudah dikendalikan terutama menggunakan laman sosial.

Bagaimana pun dukacita dimaklumkan, pekeliling yang diedar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 20 Oktober 2014 lalu memaklumkan, semua pegawai pendidikan adalah dilarang sama sekali untuk menjalankan perniagaan secara online atau melalui media sosial.

Hal ini kerana ia melanggar peraturan pegawai awam iaitu melakukan kerja luar dibawah akta kelakuan dan tatatertib 1993.

Sehubungan itu, pegawai atasan telah diberi tanggungjawab untuk melakukan pemantauan dan melaporkan mana-mana pegawai pendidikan yang melanggar peraturan tersebut.


Tentu ini berita menyedihkan buat guru yang dah mula seronok berniaga secara online dan dikenali pelanggan.

Tapi tak apalah, tentu kajian sudah dijalankan dan ada sebab mengapa larangan ini dikuatkuasakan.

Lagi pula cabang rezeki kan banyak, yakinlah jika satu ditutup pasti ada jalan lain terbuka..
 – mynewshub.cc

REM RAMZI/MYNEWSHUB

  • Lagi berita berkaitan:
  • cikgu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori