Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jijik! Topeng Halloween Direka...

SETIAP 31 Oktober, masyarakat Barat akan menyambut perayaan Halloween yang sinonim dengan pemakaian...

Geli Anak Tekak Tengok...

BUKAN tak biasa kita mendengar kes-kes objek jijik yang ditemui dalam makanan atau minuman...

Peguam – Mahkamah Tergesa-Gesa...

Mahkamah Persekutuan “tergesa-gesa” semasa perbicaraan rayuan kes rasuah SRC International membabitkan penyelewengan RM42...

Rasa Diri Hodoh, Amylea...

MEMANG tak dapat dinafikan, untuk menceburi bidang glamor seseorang itu perlu mempunyai pakej...

Comel Giler! Gadis Cina Hasilkan Karya Seni Menggunakan Makanan

Ingatkah lagi kita semasa zaman kanak-kanak, ‘bermain’ dengan sisa makanan merupakan satu tabiat buruk yang pasti mendatangkan kejengkelan pada ibu ayah?

Namun bagaimana pula jika lebihan nasi lemak anda disusun penuh artistik seperti permandangan kota metropolitan Kuala Lumpur?

Itulah yang dilakukan oleh artis dan jurugambar tempatan, Hong Yi, dalam sebuah projek seni yang berasaskan makanan.

Dalam siri yang dilakukan dalam masa 31 hari itu, Hong Yi berjaya mencipta lanskap, portret dan imejan dengan menggunakan pinggan kosong sebagai kanvas.

hongyi1

 

hongyi2

hongyi3

hongyi6

hongyi7


 

Selepas tamat pengajian dalam bidang arkitek,Hong Yi mula menghasilkan portret selebriti menggunakan medium yang unik dan daripada titik itulah bakatnya berkembang.

“Saya lihat makanan dari sudut yang berbeza: makanan membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada semua orang, jadi saya harap hasil seni saya turut dapat ‘dinikmati’ oleh masyarakat,” katanya dalam temubual bersama Designboom.

Malah beliau mengaku, projek ini turut mengasah skil memasaknya oleh kerana setiap hari terpaksa menghadap bahan mentah seperti sayuran dan buah-buahan, yang perlu dipotong dengan ketepatan mengikut efek yang mahu dicapai dalam sesebuah karyanya.

Selain bahan organik, Hong Yi turut menggunakan kepingan biskut Oreo,pelbagai jenis sos dan snek rumpai laut kering.

Tidak hanya bersandarkan ciri ‘kecomelan’ semata-mata, setiap hasil seni digarap dengan initipati dan makna yang mendalam.

Lihat sendiri karya-karya menakjubkan gadis manis ini, alang-alang sudah tiba waktu makan tengah hari kan?-mynewshub.cc

Oleh SARA KHALID

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori