Tuesday, July 9, 2024

Creating liberating content

7 Penyeludup Ditembak Mati...

BANGKOK - Tentera Thailand menembak mati tujuh lelaki yang dipercayai penyeludup dadah di...

3 Nama Rebut Jawatan...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan besar akan...

17 Terbunuh Kebakaran Penjara...

CARACAS - Kebakaran di sebuah penjara di utara Venezuela menyebabkan 17 terbunuh dan...

Tujuh Pelajar Kolej Swasta...

SUBANG JAYA - Tujuh pelajar kolej swasta di sini termasuk enam warga asing...

Dadah Disimpan Dalam Bekas Air Tom & Jerry Bunuh Anak Sendiri

Gara-gara menyimpan dadah di dalam bekas minuman Tom and Jerry milik anaknya, pasangan penagih, Barry Jones dan Michelle King menghadapi tuduhan menyebabkan kematian Sophie Jones, 2 tahun.

Sophie, tanpa sedar telah meminum dadah jenis methadone dan ditemui tidak sedar serta berlumuran muntah oleh paramedik.

Sehari kemudian, Sophie disahkan meninggal dunia.

Ibunya, King mengakui tuduhan membunuh anak sendiri manakala Jones sedang menghadapi perbicaraan.

ad_149365551

Dalam perbicaraan tersebut, Jones mengakui bahawa dadah yang disimpan dalam bekas Tom and Jerry itu bukan untuk kegunaan sendiri tetapi untuk dijual.

Keuntungan daripada hasil jualan tersebut akan digunakan oleh si bapa tersebut untuk membeli dadah jenis lain seperti kokain dan heroin.

Menurut hujah pendakwa raya, Jeremy Grout-Smith, King kerap menggunakan bekas minuman tersebut sebagai tempat simpanan dadah sehingga ia terjual kepada pelanggan.


146ml methadone lagi dijumpai di belakang rumah pasangan tersebut yang mana, hanya 5ml diperlukan untuk mengancam nyawa seorang kanak-kanak.

Polis juga menjumpai kesan kokain di mainan kanak-kanak tersebut.

Dalam sesi perbicaraan, mahkamah mendengar hujah tentang penemuan dadah jenis heroin, kokain, methadone dan diazepam di sampel rambut milik Sophie.

Apabila disoal, pasangan tersebut berkata, mereka menyangka anak mereka meminum cuka.

Namun selesai bedah siasat, pakar menjumpai dos methadone yang tinggi dalam salur darah Sophie, namun bukan dalam perutnya.

Ia menandakan dadah tersebut telah menyerap ke dalam tubuh Sophie. – MYNEWSHUB

KPJ.. Taja Artis Boleh, Program Mewarna Kanak-Kanak Kena Bayar?

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori