Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Perbincangan ‘Rahsia’ 5G: Zahidi...

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin hari ini membidas bekas menterinya...

Wang UMNO, SUPP Dipulangkan...

KUALA LUMPUR - Wang milik UMNO Bahagian Pekan (UMNO Pekan) dan Parti Rakyat...

Angkara Dadah, Bapa Bakar...

PADAH penagih dadah, akhirnya anak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Itu yang berlaku kepada...

Pimpinan PAS Perlu Perubahan:...

ALOR SETAR - Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata...

Datuk Tukar Jantina Pada Usia 81 Tahun

“Saya sentiasa tahu saya berada pada tubuh yang salah.” Itu pengakuan jujur seorang datuk, James yang berusia 81 tahun.

Melakukan pembedahan membuang kemaluannya, dia yang merupakan duda beranak tiga dan memiliki empat orang cucu kini memilih nama barunya, Ruth Rose.

James yang merupakan bekas pemandu arah pesawat Tentera Udara Diraja British kini berpuas hati kerana penantiannya semenjak berusia lapan tahun untuk menjadi wanita akhirnya terlaksana.

james ruth

Memetik laporan MStar Online, James mula menjalani kehidupan sebagai Ruth semenjak empat tahun lalu dan mula mengambil hormon wanita bagi memdapatkan tubuh yang lebih feminin.

Katanya kepada akhbar Sunday People, dia kini merasakan kehidupan yang lebih sempurna dan menikmati kehidupannya sebagai seorang wanita seperti yang diingininya.

Tambahnya lagi, kehidupannya ketika berkahwin berbeza kerana apabila berada di rumah, dia akan menjadi lelaki, namun apabila keluar bertemu rakan, dia akan menjelmakan diri sebagai perempuan.


Pada tahun 1973, bekas isterinya mendapat tahu tentang aktiviti James, namun meneruskan perkahwinan sehingga tahun 2003 demi anak-anak mereka.
Transgender-Ruth-Rose

Pembedahan pembuangan alat kelamin yang dijalani James menjadikannya lelaki tertua yang menjalani prosedur berkenaan.

Walau bagaimanapun, pendedahan tersebut mendapat banyak kritikan dari masyarakat akibat usia James yang terlalu tua. – MYNEWSHUB

Oleh : Izzat Mohd Anuar

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori