Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Operasi Loji Rawatan Air...

KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air Sungai Langat beroperasi semula 11.30 malam tadi...

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi...

TANAH MERAH - Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) pertama di Kelantan akan dibina...

Hati-Hati Maklumat Berunsur Fitnah...

PASIR MAS - Pengguna internet perlu berhati-hati terhadap maklumat yang ditularkan di media...

Justin Timberlake ‘Photobomb’ Gambar...

TIDAK seperti Justin Bieber yang mencampakkan hadiah pemberian peminatnya, penyanyi Justin Timberlake pula...

David Teo Bantu Artis MIG Beli Rumah

 

Untungnya artis di bawah naungannya, produser filem syarikat Metrowealth (MIG) , Mejar David Teo kerana mengamalkan polisi menjaga kebajikan para artisnya.

Syarikat Metrowealth (MIG) bakal memberi faedah artis di bawahnya dengan membantu para artis dalam urusan membeli rumah dengan cara yang mudah.

David Teo telah berkerjasama syarikat pemaju Andaman untuk masa depan artis-artisnya ,malah kesemua kakitangan di bawah syarikat ini turut dapat merasa faedah.

“Sebelum ini MIG telah merancang pelbagai usaha serta perancangan masa depan keluarga MIG tetapi kali ini kami bertuah lerana mendapat sokongan dan kerjasama dari syarikat pemaju Andaman.” kata David Teo.

Menurut David Teo, ini adalah keputusan yang terbaik kerana ekonomi warga industri seni selalunya tidak stabil.

“Melihat kepada senario ini MIG berusaha untuk mengukuhkan artis, pengarah serta kakitangan kami untuk membabitkan diri dalam bidang hartanah yang kita sedia maklum menjanjikan satu peluang yang cerah,” kata David Teo lagi dalam satu majlis sidang media yang menyaksikan gabungan kerjasama dua syarikat tersebut.


Pengarah Urusan Andaman Group, Dato Sri Vincent Tiew berkata”Saya tertarik dengan cara syarikat MIG iaitu David Teo sendiri yang sentiasa menggalakkan artis serta kakitangannya untuk menceburkan bidang hartanah kerana ianya pelaburan jangka masa panjang.”

david 1 imageResize

Warga MIG bakal menerima potongan harga dan faedah berbanding pembeli biasa yang lain.

Menerusi kerjasama itu, sebuah Karnival Puncak Rasah Andaman Seremban bersama Artis Metrowealth akan diadakan di tapak perumahan Taman Puncak Tasah pada 18 Oktober ini.

Antara artis yang akan terlibat dalam karnival tersebut adalah seperti Diana Amir, Atikah Suhaime, Adeline Tsen, Shima Anuar, Lisdawati, Zalif Sidek, Nina Iskandar dan ramai lagi.-MYNEWSHUB.CC
Oleh : Farah R

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori