Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

10 Maut Akibat Serang...

MEXICO - Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dalam serangan bersenjata di barat negara ini apabila...

Mayat Remaja Dengan Kaki,...

GEORGE TOWN - Polis sedang memburu lima lelaki berikutan penemuan mayat seorang remaja...

Isteri Jamery Siga Maut...

LIMBANG - Dua termasuk isteri atlit renang paralimpik negara, Jamery Siga maut, manakala...

Daging Lembu Tempatan, Ayam...

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 4.5 tan metrik daging lembu tempatan yang dijual pada harga...

DBKL Sita Premis Hiburan Berkaitan Kongsi Gelap

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyita premis hiburan yang didapati mempunyai kaitan dengan aktiviti kumpulan kongsi gelap bagi mengelak berulangnya insiden pengeboman di Bukit Bintang tiga hari lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib bagaimanapun berkata tindakan itu bergantung kepada hasil perbincangan bersama dengan pihak polis.

“Memandangkan kes ini (pengeboman) telah menjadi kes polis, maka kita perlu menunggu laporan lanjut untuk menentukan tindakan selanjutnya termasuk menyita premis yang ada kaitan dengan kongsi gelap.

“DBKL akan menjalin kerjasama dan menjalankan operasi berterusan bersama polis termasuk agensi penguat kuasa lain,” katanya kepada Bernama.


Dalam kejadian serangan bom tangan itu, seorang pekerja joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut manakala 12 lagi termasuk pelancong asing cedera dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan antara kongsi gelap, di hadapan sebuah kelab malam Sun Complex.

Ahmad Phesal berkata DBKL telah menempatkan beberapa anggotanya untuk meninjau dan memantau lokasi kejadian dan sekitarnya serta berharap orang ramai tidak terlalu bimbang dengan kejadian itu.

“DBKL menerima luahan kebimbangan dari pihak hotel dan orang ramai terhadap insiden itu dan kita akan mengambil langkah untuk menambah anggota serta memantau keadaan dengan lebih kerap,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori