Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Presiden Perancis Diberi Sambutan...

KUALA LUMPUR - Presiden Perancis Francois Hollande, yang dalam rangka lawatan dua hari...

Penjenayah Misteri Potong Rambut...

KAUM wanita di Kashmir kini dihantui oleh penjenayah misteri yang menyerang dan kemudian...

MARA Tidak Mampu Taja...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak mampu menaja semua pelajar Malaysia...

Nyaris Tertelan Tiga Gigi...

HONG KONG - Seorang wanita di sini melalui pengalaman menjijikkan apabila tergigit tiga...

Deepavali: Keluarga Dibenar Lawat Tahanan

KUALA LUMPUR – Sempena perayaan Deepavali Rabu depan, Jabatan Penjara menetapkan tarikh lawatan keluarga penghuni semua institusi penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney pada 23 dan 24 Okt.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini berkata, waktu lawatan bermula 8.15 pagi sehingga 4.15 petang, dan keutamaan lawatan diberikan untuk penghuni beragama Hindu.

“Pelawat diingatkan untuk membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.

“Sebarang makanan dan minuman yang dibawa dari luar adalah dilarang kerana ia boleh dibeli dari kantin penjara,” menurut kenyataan itu.


Selain itu, pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas disediakan Jabatan Penjara.

“Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai akuan penerimaan, menurut kenyataan itu.

Deepavali tahun ini akan disambut pada 22 Okt. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori