Mungkin niat pelakon komedi popular ini hanya untuk berkongsi aktivitinya bersempena Hari Raya Korban, namun tindakan Zizan Razak memuat naik gambar seekor lembu yang baru disembelih menimbulkan respon negatif dari pengguna laman sosial.
Melalui muat naik tersebut, Zizan Razak dilihat memegang sebilah pisau sambil merenung seekor lembu yang baru disembelih.
Mungkin tidak memahami ajaran Islam dan sejarah aktiviti korban, gambar tersebut dilimpahi komen-komen dari warga asing yang mengkritik Zizan dengan menggelar figura terkenal itu sebagai seorang pembunuh haiwan.
Terdapat sesetengah pengikut yang menyokong tindakannya, namun ada juga yang menasihati Zizan supaya memadamkan gambar tersebut bagi menjaga sensitiviti agama, namun sehingga kini gambar tersebut masih belum dibuang.
Kesian Zizan, tak habis-habis dirunding satu persatu isu semenjak dari awal pembabitannya dalam industri seni tempatan.
Sebelum ini, dia terbabit dengan isu permasalahan dengan pengurusnya, Marina Juki berkenaan isu dalaman syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd dan isu seluar ketat sehingga menonjolkan ‘anu’nya pada konsert pertama Akademi Fantasia 2014.  – MYNEWSHUB
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR