Beliau nekad meninggalkan pekerjaan sebagai pensyarah, beliau juga sanggup meninggalkan hidup serba selesa dan keluar mengembara hanya dengan berbasikal.
Anak kelahiran Kuala Lumpur, Zahariz Khuzaimah telah mengambil keputusan untuk meninggalkan segalanya, hidup di jalanan dan merantau ke serata dunia.
Mungkin sudah ramai terutamanya ‘Mat Saleh’ membuat pengembaraan ala-ala survivor ini.
Tetapi untuk insan seperti Zahariz, pengembaraan beliau cukup berlainan.
Skrip-skrip pengembaraannya banyak merujuk kepada Maha Pencipta.
Kami melihat penyerahan diri beliau kepada Allah, cukup besar. Ya, cukup-cukup besar.
Bukan semua orang Melayu Islam mampu buat begitu. Yang ramainya, baru sahaja digertak sedikit dengan sekelumit masalah, mulalah melenting. Jom saksikan.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC