Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Kucing Terbiar Heret Bulu...

CHICAGO - Seekor kucing yang terbiar diabaikan sehingga bulunya menjadi lebat dan panjang,...

Olahragawan, Olahragawati Melaka Tekad...

MELAKA - Olahragawan dan Olahragawati Negeri Melaka Sesi 2013/2014 bertekad untuk menyumbang pingat...

Wira-Wira Melayu Dalam Kenangan:...

TIAP kisah perjuangan pasti ada ikhtibar. Apa lagi kisah mengenai kemerdekaan. Sejarah kita...

Amerika Syarikat Tak Iktiraf...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) tidak akan mengiktiraf Dewan Perlembagaan Negara (ANC) Venezuela yang...

Dewan Perniagaan Cina Sokong Persatuan Pelajar UM. Motif?

KUALA LUMPUR – Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor (DPCKLS) memuji keberanian Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol menganjurkan program “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara”.

Ketuanya, Robert Lua Khang Wei berkata, UM perlu menghormati hak kebebasan mahasiswa untuk menganjurkan program tanpa dikawal oleh pihak universiti selagi mana program tersebut tidak bertentangan dengan undang-undang negara ini.

“Janganlah benarkan pihak polis campur tangan untuk menghentikan program ini yang akan diadakan dalam universiti itu.

“Pemuda DPCKLS kesal dengan Bahagian Hal Elwal Pelajar (HEP) UM yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Fahmi Zainol dan melarang penganjuran program tersebut.


“Tindakan bersifat anti-demokratik ini mencemarkan imej universiti yang sepatutnya hormat kepada kebebasan akademik dan kebebasan pelajar,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khang Wei mendakwa, mahasiswa memiliki kebolehan dan keupayaan untuk berfikir maka berhak dan bebas untuk menjemput mana-mana ahli politik untuk berucap dalam program mereka maka Pemuda DPCKLS akan menyokong penuh Fahmi.

“Hanya universiti yang mendokong prinsip kebebasan akademik dan hormat kepada kebebasan mahasiswa untuk bersuara dan berhimpun dapat meningkatkan nama baik universiti, bukan dengan cara memupuk pelajar yang tiada pemikiran berdikari atau mengambil pelajar luar negara,” dakwanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori