Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Paksa Teman Lelaki Pakai...

SEORANG wanita yang amat bimbang jika ada wanita lain cuba mengganggu teman lelakinya...

Banjir: 987 Lokasi Terjejas...

JELEBU: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM1.4 bilion bagi kerja membaik pulih infrastruktur...

7 Pasangan Ditahan Khalwat,...

Georgetown : Menginap bersama pasangan berikutan penat untuk pulang dengan perjalanan jauh selepas...

PDRM Pantau Pusat Tahfiz...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau kesemua pusat tahfiz di...

Ditangkap Ketika Curi Barang Kemas Di Perak

KUALA KANGSAR – Padah mencuri! Itulah yang dialami seorang lelaki apabila dia ditangkap ketika cuba melarikan barang kemas dari sebuah kedai emas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditangkap pemilik kedai tersebut ketika cuba melarikan rantai bernilai ribuan ringgit.

Orang ramai yang menyedari keadaan itu segera mengepung suspek dan mengikatnya sebelum lelaki itu diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, pada awalnya, lelaki berkenaan masuk ke kedai emas itu sebagai pelanggan dan mahu melihat beberapa barang kemas dalam kedai itu.

“Dia ada meminta kepada pemilik kedai untuk memegang seutas rantai dan apabila sudah mendapatkannya, dia terus melarikan diri.

“Bagaimanapun, usahanya untuk meloloskan diri gagal apabila dia ditangkap pemilik kedai emas itu,” katanya.


Ghuzlan berkata, suspek itu kini berada dalam tahanan polis dan siasatan lanjut akan dilakukan terhadap lelaki tersebut.

Dalam pada itu, seorang pemilik kedai berhampiran yang enggan dikenali berkata, kes seumpama itu jarang berlaku di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pada mulanya dia menyangka ada kemalangan namun terkejut apabila diberitahu seorang lelaki ditangkap kerana mencuri rantai emas.

“Selepas ini saya dan peniaga lain di sini perlu lebih berhati-hati kerana pelbagai cara dilakukan pencuri untuk mendapatkan wang dengan mudah,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori