Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rafizi Nafi Beliau Calon...

SHAH ALAM - Mohd Rafizi Ramli hari ini menafikan beliau adalah calon PKR...

Honda Malaysia Panggil Balik...

SEBANYAK 28,399 model kenderaan Honda di Malaysia yang dikeluarkan pada 2013 dipanggil balik...

OKU Maut Dirempuh Senandung...

KUANTAN - Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) maut dirempuh kereta api Express Senandung...

Tendang Jururawat Di Muka...

SEORANG lelaki telah ditahan kerana melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang wanita yang bekerja...

Merisaukan.. Semakin Ramai Atlet Malaysia Kantoi ‘Doping’

Kancah sukan Malaysia nampaknya masih belum surut daripada isu pengambilan bahan terlarang atau dadah.

Tahun ini sahaja, lima atlet tempatan gagal dalam ujian dadah atau ‘doping’ melibatkan acara di dalam dan luar negara.

Justifikasi pengharaman doping adalah disebabkan kesannya terhadap prestasi atlet yang berganda dan memberikan kelebihan secara tidak saksama kepada lawan.

Selain itu, kesan pengambilannya juga amat berbahaya terhadap kesihatan atlet tersebut, malah mampu menyumbang kepada kematian!

Sedikit informasi, terma doping diguna pakai dalam arena sukan bagi mentakrifkan penggunaan dadah atau ubatan yang dilarang oleh International Olympic Council (IOC).
doping

Antara dadah popular yang diambil adalah ‘Anabolics Steroid’, bahan untuk menguatkan otot dan kerap diambil atlet lontar peluru dan lumba pecut.

Terdapat juga atlet menembak yang menggunakan bahan tersebut bagi mengurangkan pergerakan tangan ketika memetik picu.

Manakala ‘Deuretics’ pula diambil untuk tujuan mengurangkan jumlah air dalam badan lantas meringankan berat atlet. Ia selalu diambil oleh atlet tinju dan mendayung.

Awal bulan lalu, isu doping dicanang di media apabila atlet wushu Sukan Asia, Tai Cheau Xuen positif dadah jenis ‘Sibutramine’ yang mengakibatkan figura tersebut kehilangan pingat emas yang diraihnya.

664xauto-ini-atlet-malaysia-yang-kehilangan-emas-karena-doping-1409308

Sebelum itu, pada tahun 2011, atlet lumba basikal negara kelahiran Terengganu, Ahmad Fallanie Ali positif mengambil ‘Methandienone Metabolit’ yang tergolong dalam ‘Anabolics Steroid’.

Di temasya Sukan Sea tahun sama juga, satu pingat gangsa dari acara angkat berat milik Firdaus Abdul Razak terpaksa ditarik balik akibat positif penggunaan bahan terlarang.


Bukan hanya diambil atlet sukan di pertandingan antarabangsa, pengambilan bahan terlarang tersebut juga menimpa arena sukan tempatan.

Mei lalu, tiga atlet SUKMA 2014 gagal dalam ujian doping melibatkan olahragawati SUKMA sendiri,  Jelinie Em Pira yang merupakan atlet angkat berat dari Sarawak. Akibatnya, dia kehilangan ‘title’ sebagai olahragawati dan dua pingat emas.

doping (2)

Dua lagi atlet adalah pelumba basikal, Dhia Danial Mohd Khairi dari kontinjen Wilayah Persekutuan dan atlet angkat berat wanita, Siti Fazera Ishak dari kontinjen Perlis.

Tahun lalu, seorang atlet dari pasukan The Red Warriors didapati positif menggunakan bahan terlarang usai aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Lantas, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub mengeluarkan kenyataan, “Sudah masanya ujian doping diadakan secara menyeluruh.”

Menurut beliau kepada Sinar Harian terbitan 27 Ogos 2013, ujian doping harus dilakukan sepanjang masa dan tidak tertumpu pada perlawanan berskala besar sahaja bagi mewujudkan pertandingan yang sihat dan adil.

Hari ini, sekali lagi negara dikejutkan dengan berita melibatkan atlet elit dari sukan badminton yang positif doping.

Sama-sama kita tunggu sidang media dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori