Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lebih 50,000 Petugas Terima...

KUALA LUMPUR - Seramai 51,621 individu dalam kalangan petugas barisan hadapan sudah menerima...

15 Emas Lagi Penuhi...

KUALA LUMPUR - Malaysia semakin menghampiri sasaran 111 pingat emas pada Sukan SEA...

Kekalahan Yang Memberi Pengajaran...

PENGENDALI Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yudoff menyifatkan kekalahan kepada Perak adalah pengajaran buat...

Tu Dia… Pengembara Tawar...

SHANGHAI – Hanya kerana ingin perjalanannya ke seluruh China ditaja, seorang gadis berusia...

Dr Asyraf Minta Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Harga RON95

Susulan pemansuhan 20 sen subsidi petrol RON95 semalam, lagi pihak tampil meminta kerajaan mengkaji semula langkah itu ekoran peningkatan kos sara hidup yang semakin membebankan.

Antara yang tampil ialah selebriti dan juga pendakwah bebas Ustaz Mohamad Kazim Elias.

Terbaru, seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kini meminta kerajaan mengkaji semula tindakan itu kerana dikatakan ia dilaksanakan ketiak rakyat sedang bertarung menangani kenaikan kos barang-barang keperluan.

Menurut beliau, kerajaan perlu mencari kaedah terbaik supaya bantuan subsidi yang diperuntukn dirasai golongan sasar.


Selain Asyraf Wajdi, Exco Pemuda UMNO Nazir Hussin Akhtar Hussin pula melalui laporan Sinar Harian berkata, kerajaan patut memastikan program rasionalisasi bahan api diumumkan tidak menjadi penyebab utama kepada kenaikan harga barang atau perkhidmatan.

“Pengumuman rasionalisasi subsidi semalam mengundang perasaan kurang senang oleh rakyat lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan kenaikan harga minyak,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi 20 sen petrol jenis RON95 menjadikan harga pasaran terkini bahan api iaitu ialah RM2.30 daripada harga sebelum ini RM2.10. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori