Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen BN, PAS...

SEMUA ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS akan ke Istana Negara pada...

20 Lokasi Wajib Untuk...

NEGARANYA mungkin tidak terlalu besar, namun pilihan tempat yang boleh dilawat sebaliknya terlalu...

Kisah Lucu Syarikat Fesyen...

PELBAGAI cara pelik dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah kepimpinan unik...

Kerajaan Akan Tambah Baik...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan akan melakukan penambahbaikan terhadap sistem pendaftaran vaksin bagi memastikan...

Dua Atlet Angkat Berat Digantung 2 Tahun Positif Doping

SEPANG – Belum pun reda kes doping membabitkan ‘ikon’ sukan negara, dua atlet angkat berat di Sukan Malaysia (SUKMA) termasuk Olahragawati, Jelinie Empera dan Siti Fazera Ishak, hari ini dikenakan hukuman gantung selama dua tahun akibat penggunaan bahan terlarang.

Kedua-duanya yang beraksi di SUKMA Perlis, Mei dan Jun tahun ini didapati gagal memberikan penjelasan munasabah selepas positif dalam penggunaan bahan terlarang kepada panel rayuan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (MWF), hari ini.

Selain penggantungan, atlet Sarawak, Jelinie yang memenangi dua emas turut diarahkan memulangkan kembali pingat dan wang kemenangan RM3,000 dan RM12,000 yang dimenanginya daripada penganjur dan Majlis Sukan Negeri Sarawak dan diberi masa sebulan menjelaskannya.

Begitupun, Fazera yang juga atlet Perlis tidak memenangi sebarang pingat di temasya itu.

Sebagai tambahan, kedua-duanya turut dikenakan denda AS$5,000 (RM16,395) dengan MWF mengarahkan ia dibayar oleh persatuan angkat berat negeri masing-masing.


Naib Presiden MWF, Ahmad Janius Abdullah berkata kedua-dua atlet gagal memberikan penjelasan yang munasabah supaya hukuman terhadap mereka dapat dikurangkan.

Jelinie dikatakan mengambil ubat akibat haid dan Fazera dikatakan memakan ubat kerana masalah demam.

“Kedua-dua alasan yang mereka berikan tidak boleh diterima. Kami mendapati ia tidak kuat untuk membuat rayuan kepada IWF (Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa),” kata Janius.

Selain Jelinie dan Fazera, pelumba basikal SUKMA Wilayah Persekutuan, Dhia Danial Mohd Kharil turut didapati menggunakan steroid selepas gagal dalam ujian doping. Begitupun, nasib Danial belum ditentukan. – BHarian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • atlet

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori