Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Orang Awam Dakwa Jumpa...

Shah Alam : Tiada laporan polis diterima berhubung penemuan bekas personaliti TV3, Zalina...

Hafidz Roshdi Timang ‘Baby...

NAMPAKNYA ramai pula artis yang menimang anak ya tahun ini, termasuklah pelakon kacak...

Kakitangan KEMAS Dilarang Terlibat...

KUCHING - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mengeluarkan arahan supaya kakitanganya tidak terlibat...

Tingkat Kemahiran Tenaga Kerja...

BUSAN (Korea Selatan) - Cabaran utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital bukan lagi...

Dua Beradik Hilang Di Sungai Golok Belum Ditemui

KOTA BHARU – Dua beradik yang lemas dalam kejadian bot terbalik di Sungai Golok semalam masih belum ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Rahmat Kamaruzaman, berkata sehingga jam 4 petang tadi, kira-kira 100 anggota yang menyertai operasi itu masih gagal menemui Wan Nurdina Nadia Wan Azli, 10, dan adiknya, Wan Nurhabib Naufal, 6.

Beliau berkata, operasi pencarian meliputi kawasan sepanjang tiga kilometer.

“Operasi akan dihentikan pada jam 7 malam ini dan disambung esok,” katanya.

Mayat ibu mereka, Rosmiwati Zakaria, 37, ditemui pada jam 5.45 petang semalam, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.


Tiga beranak itu adalah antara 15 penumpang bot dalam perjalanan pulang dari Pasar Mundok, yang terletak di seberang Sungai Golok, sebelah Thailand.

Rosmiwati adalah pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jerantut, Pahang sementara Wan Nurdiana Nadia adalah murid Sekolah Kebangsaan Jerantut.

Bot itu terbalik dalam keadaan arus sungai deras berikutan hujan lebat sebelum itu.

Mangsa lain berjaya diselamatkan dan ada yang berenang ke tebing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori