Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pas Tanpa Had MY50...

KUALA LUMPUR - Program Pas Tanpa Had My50 bagi fasa kedua, akan diperluas...

GST Bantu Jamin Masa...

KUALA LUMPUR - Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak  lagi sesuai untuk ekonomi...

Banyak Tangki Simpanan Air...

SHAH ALAM - Tangki simpanan air yang kosong di sesetengah kawasan perumahan sekitar...

Kari Atau Rendang Itik...

ALOR GAJAH - Aidilfitri seolah-olah tidak lengkap tanpa hidangan rendang atau kari itik...

Dua Kereta Pengerusi JKKK Dibakar Di Seremban

SEREMBAN – Dua kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu Rantau di sini, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat, dalam kejadian Sabtu lalu.

Kejadian disedari kira-kira 2.30 pagi oleh mangsa, Tan Thin Loy, 60,yang terjaga dari tidurnya sebaik saja terdengar bunyi bising di luar rumah.

“Ketika kejadian, saya seorang diri di rumah. Manakala isteri saya pergi ke rumah anak di Seremban.

“Semasa sedang tidur, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada angin keluar serta bau plastik terbakar. Terus saya tengok ke luar tingkap sebab bimbang sesuatu yang buruk berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut sebaik sahaja melihat api pada dua buah keretanya jenis Toyota Corolla dan Proton Iswara Aeroback yang diletakkan di garaj rumah itu.

Menurutnya, dia bergegas keluar untuk memadamkan api itu bagi mengelakkan dari teruk merebak.


“Mujurlah saya sedar awal untuk padamkan api itu. Kalau tak, mungkin berlaku letupan.

“Pada awalnya saya sangka mungkin litar pintas, tapi yang menghairankan apabila pintu pagar rumah didapati tidak berkunci seperti ada orang yang sudah membukanya untuk masuk membakar kereta saya,” katanya yang kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Thin Loy berkata, dia menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan dan berharap individu yang terbabit dalam kejadian itu ditahan dan dikenakan tindakan.
“Saya sudah tinggal di sini lebih 20 tahun dan ini merupakan rumah pusaka keluarga saya. Saya tidak mahu syak sesiapa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhammad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang dipercayai mempunyai usur kianat.

Beliau betrkata, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kianat dengan api. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori