Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ibu 3 Anak Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Bilik Khas Wakil Rakyat...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen akan disediakan bilik khas di Dewan Rakyat sebaik...

Wanita Jamaica Bergelar Manusia...

KINGSTON - Violet Brown berusia 117 tahun dan 36 hari dari Jamaica kini...

Mohon Kekalkan Tarikh Separuh...

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) telah menghantar surat rasmi kepada Football...

Dua Lelaki Maut Nahas Babitkan Dua Lori

PUTRAJAYA - Dua lelaki termasuk seorang warga asing maut apabila lori yang dinaiki melanggar sebuah lori sampah di Lebuhraya Dengkil-Puchong dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandu lori lima tan membawa muatan barangan plastik, Yeow Kit Leong, 51, dan kelindannya Raj Kumar Tharu warga Bangladesh maut di tempat kejadian.

Kelindan lori sampah seberat tiga tan yang dikenali Shafikul juga warga Bangladesh cedera parah dan kini dirawat di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sementara pemandu lori, Zawawi Mat Hussien, 39, cedera ringan.

Punca kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu mangsa yang dalam perjalanan dari Puchong ke Dengkil melanggar bahagian belakang lori sampah berkenaan.


Timbalan Polis Daerah Sepang, Superintendan Zaldino Zaludin yang dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kemalangan berkenaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori