Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Shah Rukh Khan Ke...

MUMBAI - Kesesakan trafik luar biasa berlaku di sekitar kawasan Penjara Arthur Road...

Gajah Pun Sudah Pandai...

SEEKOR gajah di India dilihat seakan-akan merokok apabila aksi yang dilakukan dirakam dan...

Laporan: Hong Kong Kesan...

Varian mutan Covid-19 baru dan mungkin lebih mudah berjangkit, yang kali pertama dikesan...

Honda Malaysia Sasar Jual...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia melancarkan model baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak,...

DUN Kelantan Lulus Usul Tergempar Kutuk Kekejaman Zionis

KOTA BHARU – Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin.

Usul yang dibawa Datuk Hassan Mahmood (PAS-Tawang) itu mendapat sokongan semua anggota dewan selepas perbahasan mengenainya selesai.

Sebelum itu, Speaker Datuk Abdullah Ya’kub membenarkan usul itu dibahaskan selepas memenuhi tiga syarat utama iaitu ia usul mustahak, membabitkan kepentingan orang ramai dan ia perlu disegerakan.

Ketika membawa usul berkenaan, Hassan meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) bertindak tegas terhadap rejim zionis kerana mencabul hak rakyat Palestin.

Ketua Pembangkang di dewan itu, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) ketika membahaskannya meminta semua anggota dewan termasuk Exco kerajaan negeri membenarkan elaun mereka sebagai wakil rakyat dipotong untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang tertindas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori