Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Turun Harga, Mydin Tawar...

Menyahut seruan kerajaan untuk menurunkan harga barangan setelah nilai bahan bakar di pasaran...

Jamal Minta Maaf Fitnah...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon...

TM Ulangi Sokongan Terhadap...

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) mengulangi sokongannya terhadap aspirasi kerajaan berhubung...

Kelibat Kapal Selam Asing...

BUTTERWORTH - Kelibat kapal selam Tentera Laut Diraja Australia ‘HMAS Sheean’ menarik perhatian...

Gambar Intim: Dyana Sofya Marah Tapi Enggan Layan Politik Jahat

Bukan pertama kali dijengah dengan isu panas, sebelum ini empunya nama Dyana Sofya Mohd Daud pernah dihimpit beberapa kontroversi ketika menjadi calon DAP pada Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan, Mei lalu.

Kalah tipis kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dengan 238 undi, Dyana Sofya dikatakan akan meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang namun ura-ura tersebut sepi begitu sahaja.

Hayat politik figura ini bermula pada Januari 2012 apabila dia menyertai DAP dan diperkenalkan secara rasmi sebagai setiausaha politik Lim Kit Siang pada Konvensyen DAP selepas PRU-13.

Merupakan seorang peguam, Dyana mula menjadi topik bualan apabila dicalonkan sebagai wakil DAP, parti yang dianggap rasis. Sementelah, dia merupakan seorang wanita Melayu berusia 27 tahun.

Nama graduan jurusan undang-undang UiTM ini terus diperkatakan apabila satu persatu isu timbul, antaranya pendedahan gambar seorang wanita mirip wajahnya berbikini. Pelbagai reaksi diterima namun kesahihannya diragui dan Dyana juga menafikan itu adalah dirinya.

thumb_e980

Dyana juga dikritik melalui kenyataan bahawa UiTM merupakan sebuah institusi perkauman kerana mengkhaskan hanya untuk golongan bumiputera sahaja.

Di laman sosial twitternya, beliau juga mengkritik Rejimen Askar Melayu DiRaja dengan pendapat sama!

Selain itu, kariernya sebagai seorang peguam juga dipertikaikan sesetengah pihak dengan pelbagai bukti dikemukakan di medium blog. Malah ada yang mempertikaikan taraf pendidikan dimilikinya.

10299978_1494912364058542_6082680340140291703_n

Ibunya, Yammy Samat, bekas Setiusaha UMNO Bahagian Ipoh Barat juga dikatakan ingin menumpang populariti Dyana dengan menjadi ‘gunting dalam lipatan’ apabila dia memburukkan parti naungannya, UMNO.

Yammy bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tentang isu tersebut dan ujarnya, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dalam memberikan sokongan terhadap anak.

yammy_samat_teluk_intan_manifesto_20140527_840_561_100

Selain itu, ramai pihak mendakwa Dyana Sofya sebagai boneka DAP bagi strategi meraih undi kaum Melayu di Parlimen Teluk Intan. Masyarakat Cina menjadi kaum majoriti di situ iaitu sebanyak 42 peratus, manakala masyarakat melayu 38 peratus.


Walau bagaimanapun kenyataan tersebut disanggah Setiusaha Agung DAP, Lim Guang Eng.

“Beliau seorang peguam dan tak senang jadi boneka. Sebelum dinamakan sebagai calon pelbagai fitnah timbul termasuk penyebaran gambar palsu,” ujar Ketua Menteri Pulau Pinang itu kepada portal Mstar.

iphdyana180514 2

Setelah namanya kian perlahan diperdebatkan, hari ini, Dyana Sofya kembali menjadi topik hangat apabila gambar mesranya dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari bertebaran di laman sosial dan blog.

ARTIKEL BERKAITAN: PANAS! Gambar Intim Didakwa ‘Putera Puteri’ Melayu DAP Tersebar

Saya berasa marah tetapi saya tidak akan layan politik jahat macam ini,” ulas Dyana  melalui khidmat pesanan ringkas kepada Sinar Harian online berkaitan isu ini.

Menurut Dyana, serangan tersebut berlaku kerana dia merupakan seorang wanita yang mudah dibuli seperti mana penyebaran gambarnya berbikini sedikit masa dahulu.

Tambahnya, “Hal ini menjijikkan bagaimana mereka tetap menggunakan politik longkang terhadap pembangkang.”

Dalam pada itu, ‘pasangan’ Dyana dalam gambar viral yang hangat diperkatakan, Zairil Khir Johari turut menafikan kesahihan gambar tersebut dan menyifatkannya sebagai satu fitnah, juga  melalui Sinar Harian Online hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaril NAFI Dirinya Individu Dalam Gambar Mesra Dengan Dyana Sofya 

Zairil turut memberitahu bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang didakwa cuba menjatuhkan reputasinya sebagai seorang Melayu dalam DAP. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori