Ebola yang kini menjadi kegerunan masyarakat dunia telah membuahkan idea kepada sesetengah individu di Amerika Syarikat untuk mengenakan kostum yang berkait dengan penyakit tersebut.
Berdasarkan satu kajian, tema Holloween tahun ini menyaksikan sebahagian masyarakat yang meraikannya akan memilih untuk memakai kostum keselamatan bagi mengelak dari dijangkiti Ebola.
Memetik laporan Reuters, walaupun kostum seram seperti pontianak, hantu, juga kostum bidadari masih menjadi pilihan, namun idea pemakaian Holloween juga tercetus dari isu panas di media.
Menurut Tony Bianchi, pengurus New York Costumes di Manhattan, “Kostum perlulah meniru sesuatu subjek, namun, dunia kini semakin serius. Isu ini merupakan perkara yang menakutkan.”
Pengurus tersebut merujuk kepada kejadian seperti kematian Puteri Diana dalam kemalangan dan Monica Lewinsky yang mempunyai hubungan sulit dengan bekas Presiden Amerika, Bill Clinton yang mendapat permintaan tinggi untuk kostum dari pelanggan.
Sekadar fakta, virus Ebola kini telah meragut 4000 nyawa di Afrika Selatan. – MYNEWSHUB
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR