Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KP Imigresen Ketuai Operasi...

KINABALU - Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali mengetuai Operasi...

Malaria: Kempen Kebersihan Di...

BERA - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan melaksanakan program kebersihan besar-besaran...

Penolong Jurulatih Chelsea Nafi...

PENOLONG pengurus pasukan Chelsea, Steve Holland menafikan laporan mengatakan kelab Inggeris itu bakal...

Polis Buru Remaja Lakukan...

POLIS Britain kini sedang memburu empat remaja selepas mereka didakwa kencing di sebuah...

EKSKLUSIF : Keputusan Kenaikan Pangkat Diubah Secara Tiba-Tiba!

Apa perasaan anda apabila diberikan sebuah hadiah yang anda sangat-sangat idamkan tetapi kemudian ia dirampas sebelum sempat dinikmati?

Sudah tentu pada mulanya anda akan sangat gembira namun kemudiannya akan sedih dan merasa teraniaya.

Itulah mungkin analogi mengenai nasib beberapa penjawat awam yang mencuba nasib untuk mengisi kenaikan pangkat kepada jawatan Pembantu Kesihatan Awam  di seluruh negara hari ini.

Bayangkan, kali pertama membuka portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), berita gembira dipaparkan bahawa permohon untuk mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam sebagai berjaya.

Kemudian dalam beberapa jam sahaja, ketika dibuka sekali lagi… keputusan kenaikan pangkat itu telah diubah kepada tidak berjaya.

Semua itu dilakukan tanpa sebarang notis dan alasan.

“Malam tadi ada lagi, pagi tadi pukul 8 camtu pun ada lagi tawaran, dalam pukul 10 rakan telefon kata semua tawaran telah ditiadakan,” kata mangsa kepada Mynewshub.cc hari ini.

Tambahnya, bukan beliau seorang menjadi mangsa tetapi beberapa rakan lain turut terbabit.

pembantu kesihatan 1

(MULA-MULA kata dapat…)

(KEMUDIAN….anda nilai sendiri… ini melibatkan orang yang sama dan bukan orang lain)

pembantu kesihatan 2
Persoalan sekarang, macam mana boleh ketidak adilan yang sebegitu teruk dibuat kepada penjawat awam?


Apa yang berlaku?

Tiba-tiba ada pihak lain yang perlu diberikan keutamaan kerana ‘kabel’ lagi power atau apa?

Apakah berlaku potong jalan?

Benda macam ini yang rakyat marah dengan kerajaan kadang-kadang… sesuatu yang sangat tidak adil.

Dalam kes beberapa budak ini, nasib mereka bijak dan telah print screen tawaran awal yang diberikan.

Kalau tidak apa bukti mereka nak kata yang mereka telah ditawarkan kenaikan pangkat itu… tetapi kemudian ia dirampas dengan bagitu zalim sekali.

Dalam isu ini, SPA tolong jangan bagi alasan yang tidak masuk akal atau nak menutup kesalahan sendiri.

Jangan kata kesalahan teknikal. Kalau kesalahan jenis itu pun, tetap anda yang tak betul.

Mana KPI yang dilaung-laungkan Ketua Setiausaha Negara?

Bayangkan perasaan para mangsa dalam isu ini. Jangan pula cuba blacklist mereka pada masa hadapan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun dimohon agar campur tangan melihat apa yang sedang berlaku itu.

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori