Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Keperluan Benih Padi Sah...

ALOR SETAR - Keperluan benih padi sah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda...

Runtuhan kuari:Bomba, PDRM Bincang...

Ipoh : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan mengadakan perbincangan dengan...

“Jangan Buruk Sangka Terhadap...

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) menjelaskan beliau tidak pernah melakukan cubaan mengelak cukai walaupun memiliki akaun luar pesisir.

Kerjasama PAS-UMNO Sekat Kemaraan...

KEMARAAN golongan liberal daripada pelbagai kumpulan dalam politik Malaysia sejak sedekad lalu menuntut...

Enam Sekeluarga Maut Kereta Dinaiki Rempuh Bas

KUANTAN – Enam sekeluarga yang dalam perjalanan pulang menyambut Hari Raya Aidiladha maut setelah Perodua Alza yang dinaiki dipercayai terbabas lalu merempuh sebuah bas dari arah bertentangan dalam kemalangan di Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin malam semalam.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu turut melibatkan sebuah kenderaan lain jenis Perodua Myvi.

Katanya setakat ini tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Azhar Mat Ali, 43, Zaliha Johar, 42, masing-masing dari Kampung Parit Pasir Lama, Pekan Nenas, Johor dan Siti Habibah Kasbon, 43, dari Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor.

Tiga lagi mangsa belum dapat dikenal pasti, katanya ketika dihubungi.

FW344236_PH16_041014_KEMALANGAN-lpr


Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Alza yang dinaiki tiga lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan dari arah Segamat menuju ke arah Kuantan itu hilang kawalan.

“Kenderaan itu kemudiannya masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas yang tiada penumpang dari arah bertentangan,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama sebuah Perodua Myvi yang berada di belakang Perodua Alza itu tidak sempat mengelak dan turut terbabas di tepi longkang di tepi jalan berkenaan.

“Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori