Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Hampir 90,000 Gesa Waytha...

KUALA LUMPUR - Selepas kira-kira 12 jam dilancarkan, gesaan perletakkan jawatan sebagai Menteri...

8 Lelaki Sedang Leka...

JELEBU - Lapan lelaki yang sedang leka berjudi ditahan di dalam sebuah rumah...

3 Kawasan Perumahan Di...

GEORGE TOWN - Tiga kawasan perumahan di negeri ini dilanda banjir kilat selepas...

KAFA Lantik Afandi Pengurus...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini melakukan rombakan terhadap...

EPL: Bulan Madu Balotelli Sudah Berakhir – Rodgers

LONDON – Brendan Rodgers menamatkan tempoh bulan madu Mario Balotelli di Anfield dengan menegaskan penyerang itu perlu mula menjaringkan gol selepas hanya meledak sekali dalam tujuh penampilan bersama Liverpool.

Penyerang kelahiran Itali itu berpeluang mengubah nasibnya ketika kunjungan West Bromwich Albion ke Anfield, malam ini dan mengubati duka The Reds yang mencatat kekalahan 1-0 dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah, pada Rabu.

Balotelli terdesak untuk menjaringkan gol, sama seperti Liverpool yang terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu sebelum mengharungi musim baru kurang memberangsangkan selepas dua kekalahan dan sekali seri dalam tiga perlawanan terakhir musim ini.

Rodgers tidak mahu lagi berselindung di posisi mana perlu diperbaiki dan penyerang berusia 24 tahun itu, antara yang diberi perhatian selepas Liverpool sekadar menduduki tangga ke-14 liga ketika ini.

“Dari sudut sumbangan gol, dia perlu meningkat, ia semudah itu,” kata Rodgers.

“Bukan hanya dia, namun semua penyerang diadili dengan jumlah jaringan gol dan ketika ini dia tidak mencapai jumlah yang dia mahukan.

“Dan keseluruhan pasukan, ia juga sama. Kami perlu kembali kepada pasukan yang memberi kami kejayaan sepanjang 18 bulan lalu. Apabila keyakinan rendah di dalam pasukan, ia akan menjadi lebih individu,” katanya.


Ketika bertemu Basel, Balotelli gagal mengawal bola di kawasan penalti lawan namun Rodgers mengatakan dia tidak mahu menyalahkan seorang pemain.

“Ia kesalahan kepada semua pasukan. Kamu perlu memasuki ke kawasan itu namun ia berkaitan dengan servis yang kami peroleh dan kualiti kami tidak berada di tahap itu.

“Begitupun kami perlu menjaringkan gol dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol dengan sendiri sebagai penyerang dan dia tidak melakukannya,” kata Rodgers.

Balotelli hadir ke Anfield bagi mengisi lompong yang ditinggalkan dengan penghijrahan Luis Suarez yang meledak 31 gol musim lalu selain menggantikan tempat Daniel Sturridge yang mengalami kecederaan.

“Hanya beberapa pemain mampu menggantikan Suarez,” kata Rodgers yang masih meletakkan keyakinan Balotelli mampu melakukannya. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori