Jerawat sememangnya masalah utama pada wajah hingga boleh menimbulkan rasa tidak yakin pada diri untuk berhadapan dengan orang ramai.
Rata-rata manusia mengaku tidak dapat menahan diri apabila melihat ‘raksasa’ itu tumbuh dan bermaharajalela pada wajah hingga sanggup menahan sakit memicitnya semahu mungkinĆāĆĀ dengan harapan ia tersingkir.
Ini ada sebuah video seseorang sedang memicit jerawatnya, alahai kalau tengok geli dan jijik pula!
http://www.youtube.com/watch?v=iQq7cBkjCYU
Kita pula yang terasa sakit ketika nanah itu membuak-buak keluar apatah lagi jika pernah mengalaminya..
Ramai tidak menyangka sebenarnya dengan memicit jerawat, iaĆāĆĀ membawa kesan lebih buruk hingga seorang doktor mendedahkan bahawa ramai yang mengalami kerosakanĆāĆĀ tisu kulit dan jangkitanĆāĆĀ bakteria gara-garaĆāĆĀ tabiat ini.
Dr Mehmet Oz, mendedahkan hal ini ketika program Oprah Winfrey dan turut memberi tip sebenar bagi menyingkirkan masalah jerawat.
Menurutnya, anda boleh menggunakan tusukan jarum dan bukan dengan memicit mengunakan tangan tetapi sebelum itu, jarum perlu dibersihkan denganĆāĆĀ alkohol.
“Letakkan jarum selari dengan kulit jerawat dan tusuk kulit dari satu sisi ke sisi lain dan terus koyakkannya,” kata Dr. Oz.
Dr Oz menjelaskan teknik yang selari ini hanya akan memberi kesan pada bahagian tengah jerawatĆāĆĀ dan meninggalkan kulit sihat diĆāĆĀ kawasan sekeliling.
Bagaimanapun, anda tetap perlu menjaga kebersihan wajah dan jika perlu, ambil makanan kesihatan tambahan bagi menyerlahkan lagi kesihatan kulit. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK BUNGA