Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jaclyn Victor Selamat Lahir...

Juara Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor dan suami yang juga anggota kumpulan R...

Perogol 21 Kucing Dicekup...

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki telah memperkosa sebelum membunuh 21 ekor...

Otai Rock May, XPDC...

KUALA LUMPUR - Otai rock legenda tanah air, XPDC dan May bakal berkongsi...

RM30 Juta Naik Taraf...

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan peruntukan RM30 juta untuk...

ESSCom Nafi Keluar Amaran Tsunami

LAHAD DATU (Sabah) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media yang memaklumkan kemungkinan tsunami akan berlaku di pantai timur Sabah dalam tempoh 36 jam.

Ketua Komunikasi Korporat ESSCom Newmond Tibin berkata ESSCom juga menafikan pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan media bagi pihak Jabatan Meteorologi Malaysia cawangan Sabah berhubung keadaan cuaca di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Sebarang kenyataan media rasmi ESSCom hanya dikeluarkan melalui Unit Komunikasi Korporat atau portal ESSCom Times di alamat www.esscom.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Newmond berkata demikian sebagai mengulas penyebaran khabar angin melalui media sosial kononnya laporan tentang kemungkinan berlaku tsunami itu diterima daripada ESSCom yang memperoleh maklumat itu daripada Jabatan Meteorologi Malaysia cawangan Sabah.


Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negeri ini, khususnya di ESSZone, supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin itu serta sentiasa mengikuti maklumat terkini yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

ESSZone merangkumi 10 daerah meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori