Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kontena Khas Simpan Jenazah...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas...

PAS Keluar Surat Arah...

KUALA LUMPUR - PAS mengeluarkan surat arahan kepada bekas Naib Presiden parti itu,...

Kanada Berisiko Dilanda Taufan...

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda...

Lee Zii Jia Kini...

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga...

Euro 2016: England Dapat Semangat Baharu – Rooney

TALLINN – Wayne Rooney yang muncul wira England dengan jaringan kemenangan ketika mengatasi Estonia 1-0 dalam kelayakan Euro 2016, awal pagi ini beranggapan kemenangan ini menyuntik semangat baharu.

“Kami mengerti ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar dan gembira dengan kemenangan ini.

“Apa yang bagus dalam kemenangan ini adalah kami memiliki barisan muda dan berjaya mengekalkan rentak sama untuk menang tanpa gawang dibocori,” katanya.

Rooney seharusnya sudah mengatasi rekod Jimmy Greaves dan mendekati jumlah 48 gol oleh bekas pemain, Gary Lineker tetapi melepaskan dua peluang terbaik pada babak pertama serta satu pada minit-minit terakhir perlawanan di laman lawan itu.

Gol kemenangan England berpunca daripada sepakan percuma pada minit ke-74.

Rooney yang melihat ruang di sebelah kiri pintu gol Estonia membuat satu sepakan melencong baik yang menewaskan penjaga gol, Sergei Parelko.


Kapten The Three Lions yang mewakili skuad negara buat kali ke-99 sudah menjaringkan 43 gol untuk pasukan negara – satu di belakang Greaves.

Sementara itu, pengurus Estonia, Magnus Pehrsson yang membimbing pasukan yang hanya menang sekali dan kalah dua daripada perlawanan kelayakan berkata ia satu kekecewaan besar kecundang di laman sendiri.

“Walau pun kami bermain kurang satu pemain sepanjang babak kedua kami beranggapan England bukanlah berbahaya.

“Mereka hanya menang daripada sepakan percuma dan saya berasa mereka boleh melakukan yang lebih baik lagi untuk menang perlawanan ini. Inilah bola sepak dan saya kecewa di atas kekalahan ini,” katanya. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori