Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kanan Polis Lindungi...

PUTRAJAYA : Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan...

Penganggur Rompak 7-Eleven, Samun...

KUALA LUMPUR — Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Program Qurban IRM Di...

ISLAMIC Relif Malaysia (IRM) melancarkan kempen Qurban Anda Harapan Mereka di 28 negara....

Warga Emas Maut Selepas...

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga emas menjadi korban salah faham antara anaknya...

Euro 2016: O’Neill Puji Pemain Ireland Sekat Jerman

GELSENKIRCHEN (Jerman) – Martin O’Neill menghambur pujian terhadap barisan pemainnya ketika John O’Shea meraikan penampilan ke-100 bersama Ireland dengan jaringan penyamaan 1-1 mengikat Jerman dalam Kelayakan Euro 2016, awal pagi tadi.

Juara dunia, Jerman terlebih dulu di depan menerusi jaringan Toni Kroos pada babak kedua sebelum O’Shea bangkit mengejutkan tuan rumah hasil jaringan pada minit ke-94 memberikan satu mata buat Ireland.

Keputusan seri jelas memberi tamparan buat Jerman yang sebelum ini mengakhiri rentetan tanpa kalah dalam kempen kelayakan selepas tewas 2-0 kepada Poland, minggu lalu di Warsaw.

“Kami tidak menyerah kalah dan terus menyerang. Saya tidak pernah merasakan kami sudah tewas perlawanan ini dan semua pujian harus diberikan kepada semua pemain,” kata jurulatih Ireland, O’Neill.

“Ia adalah usaha yang menakjubkan daripada pemain. Mereka (Jerman) kehilangan beberapa pemain utama namun kami juga sama.


“Hanya bersandarkan semangat tidak pernah cukup namun ia adalah sikap tidak mengaku kalah yang hebat di kalangan pemain. Ia memberikan kami keyakinan yang berterusan,” katanya.

Jerman jelas lebih mendominasi perlawanan dengan juara dunia di Brazil itu melakukan 19 cubaan tepat ke gawang berbanding dua dibuat Ireland.

“Saya fikir Jerman masih pasukan terkuat dalam kumpulan (G). Mereka mungkin mudah menewaskan Poland dan pasti kecewa melepaskan jaringan pada saat akhir, namun bagi kami ia adalah mata yang berharga,” katanya.

Jerman akan menanti kunjungan pasukan tercorot kumpulan Gibraltar di Nuremberg, bulan depan dengan Ireland menempah pertemuan dengan Scotland di Glasgow. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori