Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Program Latihan Perlu Berfokus...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018 hari ini mengusulkan agar program latihan kemahiran untuk golongan muda daripada...

Masing Bidas Individu Mendakwa...

KUCHING – Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing hari...

Kerjasama PDRM-PR1MA, Peluang Warga...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis...

Hafizul Dipercayai Mahu Larikan...

KOTA BHARU: Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan...

Euro 2016: Tandukan Ajaib Cristiano Ronaldo

COPENHAGEN – Ketika Denmark mula berfikir akan membawa pulang satu mata berharga daripada Portugal dalam kempen Kelayakan Euro 2016 di laman sendiri, bintang terbaik dunia, Cristiano Ronaldo bangkit pada masa kecederaan untuk menafikan graviti dan merobek hasrat lawan.

Kapten Portugal itu gagal memecah kebuntuan hinggalah minit terakhir perlawanan sebelum melonjak tinggi seakan terapung di udara dan menanduk padu gol kemenangan 1-0 buat pelawat.

“Itu Cristiano Ronaldo, dia memiliki segala-galanya,” kata pertahanan Denmark, Simon Kjaer yang jelas kecewa dengan jaringan itu.

“Dia mungkin masih berada di sana, meledak gol dan ia amat mengecewakan,” kata Kjaer yang turut beraksi cemerlang menggagalkan segala serangan Ronaldo hinggalah gol pada masa kecederaan itu.

“Situasi itu berlaku di saat akhir. Dia adalah penyerang bertaraf dunia dan dia tidak berada pada perlawanan yang paling besar jadi ia satu pujian buat kami.

“Namun pujian terhadap mengambil hantaran itu dengan baik amat mengecewakan kami.”


Kenyataan Kjaer turut diakui pertahanan kanan Denmark, Lars Jacobsen yang terpaksa menghalang gerakan pentas Ronaldo di Copenhagen.

“Gol itu hanya sedikit daripada kelas yang ditunjukkannya. Tandukan itu memang menakjubkan. Masa yang tepat, kemampuan melakukan lonjakan yang baik dan diaa melakukan segala-galanya dengan baik.

“Kerana itu dia adalah pemain terbaik dunia,” katanya.

Jurulatih Denmark, Morten Olsen yang berang dalam pada itu membidas pasukannya sebagai ‘kurang profesional’ kerana melepaskan gol menerusi sepakan percuma yang disudahkan Ronaldo.

“Apabila dia melompat seawal itu dan berada di udara selama itu, ia sukar buat pertahanan dan penjaga gol. Ia berada dalam kelasnya, kita dapat lihat setiap minggu. Kita lihat dalam Liga Juara dan malangnya, kita melihatnya pada hari ini.” – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori