Pengeluar kereta ternama seperti Subaru dan Volvo sedia maklum telah menggunakan ciri keselematan sistem brek automatiknya yang akan memberhentikan kenderaan jika terdapat objek yang begitu menghampiri di bahagian depan.
Tetapi bagaimana pula jika anda merupakan seorang ‘kaki’ Ford?
Anda tidak perlu menunggu lama kerana baru-baru ini syarikat pengeluar tersebut akan menggunakan teknologi sistem pintar brek kecemasan keatas kesemua keluaran terbarunya yang dimulakan dengan Ford Mondea edisi sedan pada tahun depan.
Model pertama yang menggunakan sistem tersebut akan mula di pasarkan pada Januari tahun depan dan dikatakan antara model yang akan mendapat sambutan yang baik.
Sistem yang mengabungkan teknologi radar dan kamera tersebut akan mengenalpasti kenderaan yang menghampiri dan seterusnya mengeluarkan notifikasi sekiranya ia terlalu hampir dengan objek.
Selain itu, sistem tersebut akan memberi amaran sekiranya terdapat sebarang potensi yang membolehkan kemalangan berlaku di sepanjang perjalanan anda.
Pengumuman ini membolehkan pemandu menggunakan maklumat tambahan kepada kereta yang dihubungkan bersama peranti pintar anda.
Melaluinya, ia memaparkan lebih banyak info, termasuk keadaan trafik dan sebagainya.
Ini mungkin adalah langkah pertama dalam penyediaan kereta yang dipandu secara automatik, sebelum mereka ke langkah yang seterusnya.
Sumber: engadjet
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC