Enjoy the benefits of exclusive reading

Looking for something?

KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.

“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.


Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.

Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.

Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.

Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA

Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

400 Cef Cipta Rekod...

NAPLES - Sekumpulan cef dari seluruh Itali bergabung tenaga memasak piza terpanjang di...

Percepat Projek Jambatan Menumbok...

KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diharap dapat mempercepat pelaksanaan pembinaan...

6 Suspek Daesh Serang...

JAKARTA - Polis Indonesia berjaya menembak mati enam suspek anggota militan Daesh dalam...

‘Berehat’ 13 Tahun, Siri...

BUAT peminat siri sains fiksyen X-Files yang pernah mencetuskan fenomena belasan tahun lalu, khabar ini...

Siswi Kemaruk Jumpa Boyfriend Maut Kena Kejutan Elektrik

Yunnan – Malang tidak berbau bagi seorang gadis, Jiao Chin, 22, apabila hasratnya untuk menemui kekasihnya tidak kesampaian selepas dia meninggal dunia kerana kejutan elektrik ketika cuba memanjat pagar elektrik yang dipasang di kampus universitinya.

Mayat Jiao Chin ditemui tergantung di atas pagar berkenaan di kampus Xishuangbanna Dai Prefecture pada awal pagi.

Ketika ditemui, dia hanya memakai kemeja-T dan seluar pendek.

Pagar berkenaan dipasang dengan elektrik oleh pihak universiti selepas beberapa insiden penceroboh cuba memasuki universiti berkenaan.

Menurut rakan sebilik Jiao Chin, Qing Wang, 23, dia tidak mengetahui pukul berapa Jiao Chin keluar dari bilik mereka dan hanya mengetahui mengenai tragedi berkenaan selepas melihat mayatnya tersangkut di pagar tersebut.


“Saya tidak tahu ke mana dia hendak pergi tetapi saya tahu dia mahu bertemu dengan seseorang,’’ katanya.

Dalam pada itu, jurucakap universiti memaklumkan, pagar itu dipasang elektrik demi keselamatan penuntutnya susulan beberapa insiden orang asing cuba memanjatnya.

“Kami tidak dapat bayangkan bagaimana salah seorang daripada pelajar itu memanjatnya sedang semua tahu bahawa pagar itu dipasang elektrik,’’ katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori