Waktu tidur amat penting dalam kehidupan bukan sahaja merehatkan tubuh badan dan minda tetapi mempunyai hubung kait dengan sistem badan seseorang.
Kita sering disarankan untuk mendapatkan tempoh tidur normal selama 8 jam sehari kerana ianya adalah salah satu terapi.
Namun pelik pulak kisah seorang remaja perempuan dari Stockport, Greater Manchester kerana mampu berjaga selama 2 jam sahaja sehari.
Ini sekali gus memaksa gadis 20 tahun ini tidur selama 22 jam sehari hingga boleh membahayakan nyawanya pula.
Hah, mesti anda sangka hobinya adalah tidur kan?
Sebenarnya remaja cantik bernama Beth Goodier ini menghidap penyakit yang jarang-jarang dihidapi iaitu Kleine-Levin Syndrome yang juga dikenali sebagai sindrom “Sleeping Beautyâ€Â.
Ala-ala cerita animasi yang sangat popular dulu-dulu. Tetapi Beth tidak lah seindah kisah animasi yang hanya sedar dengan ciuman cinta sejati.
Beliau menyedari tabiat tidurnya sejak berusia 16 tahun lagi dan terpaksa dijaga rapi seperti bayi oleh ibunya, Janine kerana risau keadaannya yang tiba-tiba bangun dalam keadaan bingung dan terpinga-pinga.
Dia akan normal selepas beberapa ketika namun doktor memberitahu jika ianya berterusan membawa kesan buruk kepadanya.
Kesian Beth, semoga suatu hari nanti dia dapat menjalani kehidupan seperti orang lain! – MYNEWSHUB.CC
Oleh : FARAH RADZI