Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Selangor Rekod RM56.9 Juta...

SHAH ALAM : Jenayah penipuan dalam talian atau scam di Selangor terus berada...

Wanita Baling Tuala Ke...

IPOH - Perbuatan seorang pelanggan wanita membaling dua tuala ke muka pekerja kaunter...

Polis Tumpas Kumpulan Samun...

KUALA BERANG - Polis Terengganu menumpaskan kumpulan samun ‘Geng Dek’ dengan tertangkapnya empat...

Covid-19: 4,831 Kes Baru,...

Sebanyak 4,831 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,724,225.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Gaji MB Selangor, Exco Selangor Dikaji Semula

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan mengkaji semula kadar elaun dan gaji empat jawatan utama di negeri itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini.

Empat jawatan itu membabitkan Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker, dan Timbalan Speaker DUN.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata, kajian itu tidak membabitkan elaun yang diperuntukkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Tidak melibatkan Adun, kita merasakan kenaikan kadar untuk Adun adalah berpatutan dan sesuai dengan tanggungjawab mereka,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Ini merupakan mesyuarat pertama yang dipengerusikan Azmin sejak dilantik ke jawatan Menteri Besar pada 23 September lalu.


Sebelum ini di era pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, DUN Selangor pada 27 November 2013 pernah meluluskan kenaikan mendadak bagi empat jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, pada 14 April lalu, DUN Selangor membuat keputusan untuk memotong kadar kenaikan itu.

Pada ketika ini, gaji dan elaun menteri besar ialah RM14,175.1, manakala gaji exco adalah sebanyak RM15,000.

Sementara itu, gaji Speaker DUN ialah RM15,000, manakala timbalannya menerima gaji sebanyak RM12,000. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori