Sehari dua ini, gambar seorang cikgu cantik memakai kebaya tiba-tiba menjadi viral apabila giat dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp.
Tak dapat dipastikan cikgu sekolah manalah yang cantik manis sangat ni tapi yang jelas ia dijadikan gurauan dalam kalangan bapa-bapa untuk lebih rajin menghantar anak ke sekolah.
Jadi kaum ibu sekelian, jangan pelik jika suami anda tiba-tiba rajin luar biasa nak hantar anak pergi sekolah semenjak dua menjak ni, sebab inilah trend terbaru di kalangan kaum bapa selepas menerima kiriman gambar cikgu manis berkebaya di atas. – mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB