Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Lindungi Kereta...

PELIK! Lelaki ini ternyata sayang pada keretanya lebih daripada segala-galanya.Video yang mula viral...

Warga Kota Mula Banjiri...

KUALA LUMPUR - Walaupun baru memasuki minggu pertama Ramadan, suasana di terminal bas...

Tiada Ahli Parlimen UMNO,...

LENGGONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada Ahli Parlimen...

Lama Menanti, Akhirnya Fad...

AKHIRNYA penantian Fad Bocey dan Asfan Shah akhirnya berakhir apabila isteri masing-masing telah...

Gambar Cubaan Bunuh Diri Tersebar, Wanita Saman Hospital

SEORANG wanita bertindak mencucuk dua biji matanya dengan niat untuk membunuh diri namun percubaan itu gagal.

Dia segera dikejarkan ke Pusat Perubatan County-USC Loa Angeles untuk menerima rawatan, memetik portal dailymail.co.uk

Seorang jururawat di pusat perubatan tersebut kemudiannya telah mengambil kesempatan untuk mengambil gambar mangsa yang sedang cedera parah dengan pensil dimatanya, bukan untuk simpanan peribadi tetapi diviralkan di media sosial.

Joan
Wanita dikenali sebagai Jane Doe cuba bunuh diri dengan mencucuk matanya tetapi gagal.

Kejadian itu berlaku kira-kira dua tahun lalu. Kini mangsa, Jane Doe yang buta kedua-dua mata memfailkan saman ke atas hospital dan jururawat terbabit kerana tidak beretika menjalankan tugas.

Saman itu difailkan Isnin lalu oleh penjaganya, David Bliss. Mangsa mendakwa pusat perubatan itu mendedahkan maklumat perubatannya, cuai dan berniat memberikan mangsa gangguan emosi serta tidak amanah dalam menjalankan tugas.

Linda shivers nurse
Suspek, seorang jururawat dikenali sebagai Linda Shivers

Tuntutan mahkamah itu percaya, jururawat terbabit, Linda Shivers mengambil gambar tanpa kebenaran dengan pensil kuning terjojol di biji mata mangsa dan berkongsi dengan anaknya dikenali sebagai Joshua Shivers.


Ekoran dari muat naik gambar itu, mangsa yang menutut di sebuah kolej dan mengikuti kelas membaca Braille untuk memulihkan dirinya menjadi tertekan apabila ramai yang memperkatakan tentang kejadian itu.

joshua sivers
Anak suspek, Joshua Sivers dikatakan memuat naik gambar mangsa ke laman sosial.

Bagaimanapun, tidak diketahui berapa jumlah tuntutan mahkamah yang dikemukakan.

Bagus juga tuntutan macam ini sebenarnya.

Jangan kata dekat Los Angeles, di negara kita pun ramai yang tak amanah dalam melindungi aib orang lain. Semoga ada yang ambil pengajaran dengan menghentikan perbuatan tak bertanggungjawab seperti ini. - MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori