Wajah-wajah juara pertandingan ratu cantik pada masa kini semuanya jelita belaka sesuai dengan zaman moden dengan pakaian dihasilkan oleh pereka terkenal dan mereka menjadi pujaan ramai.
Gambar di atas merupakan gambar pemenang Miss Amerika pada tahun 1924 dan gambar di bawah perenggan ini ialah gambar pemenang Miss America pada tahun ini yang kalau diukur dari segi kecantikannya memang jauh berbeza.
Pada tahun 1924, pemenangnya ialah Ruth Malcomson yang memakai selempang mewakili Miss Philadelphia sebelum menjuarai pertandingan amatur pada tahun 1923.
[BACA – Ratu Cantik Myanmar Larikan Tiara Bernilai RM315,200]
Apa yang menarik, Ruth berkongsi beberapa petua untuk kekal cantik dalam satu artikel selepas menjuarai Miss America pada tahun itu dan petuanya seperti berikut :-
– Bangun awal
– Makan sarapan yang sihat
– Bersenam
– Tidak mengambil alkohol
– Tidak merokok
– Banyak lakukan aktiviti luar
– Makan tengahari dengan menu yang ringan
– Makan malam yang memuaskan hati
– Tidur awal
– Mendapat tidur yang cukup
Ruth menewaskan Mary Campbell yang gagal dalam misinya untuk menjuarai kejuaraan ketiga.
Pada 2014 pula, ia dimenangi oleh Nina Davuluri yang berusia 24 tahun dan berasal dari Syracuse, New York.
Potret yang jarang dapat dilihat itu dipaparkan di akaun twitter History In Pictures @HistoryInPics semalam.
Akaun twitter berkenaan sememangnya memaparkan pelbagai gambar bersejarah daripada tahun sekitar 1900. – MYNEWSHUB
Oleh : IBNU K