Mungkin kerana cemburu rakan-rakan lain sudah mempunyai teman lelaki, seorang perempuan telah mengambil gambar seorang lelaki entah dari mana dan kemudian menulis kapsyen seakan-akan lelaki itu adalah teman lelakinya.
Akibatnya, dalam ruangan komen seorang lelaki tampil dan mengatakan bahawa gambar yang digunakan itu adalah dirinya dan lelaki itu bukan kekasih perempuan tadi.
Kantoi… pastinya perempuan itu dipalit malu yang amat akibat tindakannya hendak berasa seperti ada teman lelaki berjaya dikesan pemilik asal gambar itu.
Tidak mustahil, ada lagi beberapa orang lagi perempuan yang menggunakan taktik yang sama konon-konon hendak merasa berada di dalam percintaan.
“Excuse me? This is my photo? I’m not your boyfriend. Please delete this because perhaps your boyfriend is fake. Thank you,” kata lelaki itu.
Gambar itu ditweet seorang pengguna twitter dan kini viral di laman sosial itu selepas ia diulang tweet sebanyak 1,918 kali oleh pengguna twitter lain. – MYNEWSHUB
Oleh : IBNU K