Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir lumpur dan tanah runtuh di Kundasang pagi...

Sikap Alpa Ketika PKPB,...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini seperti yang...

Pekerja MKN Mangsa Banjir...

PETALING JAYA - Operasi pengurusan bencana dibawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) tergendala apabila...

Jangan Terpedaya GST Konon...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pakatan pembangkang yang memfitnah...

GAMBAR: Gara-Gara Banjir Kilat Beratus Kereta Tenggelam Di KL!

Adat hujan lebat di Kuala Lumpur, dua jam dikira sudah cukup lama untuk mewujudkan fenomena banjir kilat.

Itulah yang berlaku sekitar jam 4 petang tadi.

Natijahnya, beratus-ratus kereta terperangkap tidak sempat diselamatkan oleh tuannya di tempat letak kereta di Jalan Kia Peng.

6

Tak terkecuali, kereta yang diparkir di belakang pusat beli belah Pavilion.

GAMBAR: Ratusan Kereta Tenggelam Dek Banjir Kilat Petang Tadi

Dapat dibayangkan, sesetengah pemilik kereta mungkin hanya mampu memerhati dengan gundah di balik jendela pejabat keadaan kereta mereka yang ditenggelami air di parkir berhampiran Pusat Konvensyen KLCC.

2

Kesesakan jalan raya jangan cakaplah.. hingga pemandu yang melalui jalan raya tertentu ditimpa bimbang jika kereta kandas sewaktu mengharung air yang makin tinggi dan deras.


5

3

Antara jalan paling teruk dilanda bah adalah Jalan Sultan Ismail, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Bangsar, Jalan Kia Peng, Kampung Baru, Keramat dan Jalan Gombak menuju ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

jln ampang banjir kilat

Syukurlah, hujan tak turun lebih lama dan seperti namanya, banjir kilat surut sekelip mata.

Kini ratusan kereta tak lagi ditenggelami air namun pasti para pemiliknya dihantui rasa bimbang kalau-kalau enjin kereta tak boleh lagi dihidupkan dan akhirnya terpaksa berakhir di bengkel untuk melalui proses ‘overhaul’ yang memakan belanja besar. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC
Sumber

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori