Hah, ini bukan sut yang biasa anda lihat taw.
Ini kerana sut ini bukanlah diperbuat daripada kain tetapi mengunakan stapel, glue gun, gunting, penyepit dan kertas sahaja.
Unik bukan idea dan hasil kerja pereka fesyen terkenal Andy Macgregor dari London ini, sampaikan kita tidak sedar ia bukanlah daripada material kain tetapi kertas.
Cuba lihat setiap potongan dan reka bentuknya juga amatlah teliti seakan-akan sut yang sebenar.
Bagi menambah kesan, Andy juga membuat mannequin untuk mengayakan sut buatannya dengan hanya menggunakan kadbod .
Serius smart kan! -MYNEWSHUB.CC
Oleh : Farah R