Kami percaya di mana-mana lapangan terbang pun tentu berlaku kemalangan kecil yang disebabkan baik oleh masalah teknikal mahu pun kecuaian manusia.
Di lapangan terbang KLIA minggu lalu, dilaporkan berlaku satu pelanggaran melibatkan dua kapal terbang milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di Bay 5 (no pendaftaran 9M-MSF) dan Bay 7 (no pendaftaran 9M-MLS).
Difahamkan kejadian berlaku apabila staf yang bertugas untuk towing kapal MH1158 di Bay 5 (KUL-PEN etd 1820hrs) terlajak hingga terlanggar sayap pesawat yang berhampiran iaitu kapal MH1276 (KUL-KUA etd 1835hrs).
Ekoran kejadian ini penumpang kedua-dua pesawat terpaksa bertukar kapal untuk ke destinasi masing-masing.
Diharapkan sangat, insiden melibatkan kecuaian manusia dapat dikurangkan terutama melibatkan MAS selepas ini.
Maklumlah nama MAS boleh dikira masih ‘panas’ dan menjadi tumpuan dunia memandangkan insiden MH370 dan MH17 belum dapat dikikis dari ingatan.
Kan tak syok kalau insiden ini diperkatakan oleh penumpang dari negara lain.. - mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB
Sumber: FB VAT 69