Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2 Polis Terima Suapan...

IPOH - Dua anggota polis dipenjara empat tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Pahang, Perak dan Kelantan semakin baik pada...

‘Biar Semua Kecap Bahagia’

KUALA LUMPUR - “Kakak, mari dekat ustaz. Ustaz nak cerita, kita semua adalah...

Rakyat Harap Kadar Pemberian...

DARI FB NAJIB RAZAKFASA 2 program imunisasi COVID-19 telah bermula hari Isnin lalu.Fasa...

Garis Panduan Pelaksanaan Ibadat Korban

KUALA LUMPUR – Urusan ibadat korban bakal menjadi lebih mudah dan teratur untuk umat Islam negara ini dengan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadat Korban yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Garis Panduan Pelaksanaan Ibadat Korban sebagai panduan umat Islam Malaysia yang terlibat dengan pengurusan sembelihan untuk ibadat itu.

“Garis Panduan ini telah disediakan berikutan pelbagai isu yang telah dirujuk kepada Jakim.

“Maka penerbitan garis panduan ini dapat membantu mereka yang ingin melaksanakan ibadat itu termasuk mereka yang hendak menguruskan penyertaan ibadat korban supaya dapat melaksanakannya dengan maklumat atau ilmu yang tepat dan mencukupi, menepati tuntutan syarak dan ibadah diterima Allah S.W.T,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Othman berkata, Garis Panduan Pelaksanaan Ibadat Korban tersebut telah disemak dan mendapat pengiktirafan oleh Panel Pakar Syariah yang dilantik oleh Jakim dalam Mesyuarat Kali ke-82 pada tahun 2013.

Menurut beliau, kandungan garis panduan itu terbahagi kepada dua bahagia dengan bahagian pertama berkenaan tatacara pelaksanaan ibadat korban yang menjurus kepada konsep ibadat itu.


Jelas beliau, antara yang terkandung dalam bahagian satu adalah status hukum daging korban, syarat sah korban, syarat sah haiwan ternakan untuk korban, syarat penyembelih haiwan korban, syarat alat untuk menyembelih, perkara sunat dan makruh ketika berkorban dan cara menyembelih haiwan korban.

Manakala, bahagian kedua adalah berkaitan pengurusan ibadat korban iaitu menjurus kepada pelaksanaan pengurusan korban termasuk mengurus haiwan ternakan untuk dijadikan korban.

“Penerbitan garis panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak khasnya umat Islam di Malaysia bagi memastikan pelaksanaan ibadat korban menepati syarak dan berjaya mencapai matlamatnya.

“Untuk mendapatkan garis panduan terbitan Jakim ini, dijemput untuk memuat turun di http://www.islam.gov.my/garis-panduan-pelaksanaan-ibadah-qurban,” katanya. – mynewshub.cc

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • islam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori