Siapa yang tidak kenal selebriti yang sering dianggap seperti Cinderella ini.
Menjadi permaisuri kepada usahawan muda berjaya dan terkenal Malaysia serta mengadakan perkahwinan resepsi di pulau syurga, Maldives pastinya membuat ribuan wanita mahu menjadi sepertinya.
Walaupun namanya agak jarang kelihatan di dada-dada akhbar, Marion Caunter masih lagi dikenali dan digilai kerana gaya fesyennya yang mempunyai ‘class’ yang tersendiri hingga menjadi ikutan ribuan peminatnya.
Isteri SM Nasarudin ini bukan sahaja beruntung dari segi paras rupa dan kemewahan yang dimiliki tetapi juga memiliki aura tersendiri di persada antarabangsa.
Baru-baru ini, Marian Caunter berkesempatan melihat pertunjukan Louis Vuitton Spring Summber 15 Collection dan pertunjukkan jenama Chanel taw.
Alahai, untungnya Marian Caunter ini!
Sudahlah kaya dapat pula ke acara jenama terkemuka antarabangsa yang pastinya dihadiri artis-artis “Hollywood you olls”
Apa lagi, Marian Caunter yang bijak bergaya pandai menyerlahkan penambilannya yang nampaknya beliau mempunyai “class” yang tersendiri dan setanding dengan artis luar negara.
Beliau juga sempat untuk bergambar dengan Anna Wintour taw! Bukan calang-calang orang dalam dunia fesyen .
Ini foto daripada instagram Marion sendiri tau. – MYNEWSHUB
Oleh : KAKAK BUNGA