Kami menyangka ini hanyalah satu daripada beribu video eksperimen sosial biasa sehinggalah pengakhiran video ini.
Joseph Costello, seorang juruvideo membuat eksperimen bagi mengetahui apa yang akan terjadi sekiranya seorang gelandangan bernama Sandy, diberikan sut yang elok serta berpakaian kemas bagi malakukan eksperimen mengemis di kota New York.
Hasilnya memang sangat membuka mata kita, ini kerana melalui video tersebut orang ramai dilihat tiada masalah memberikan wang kepada Sandy ketika beliau memnggunakan sut, tetapi sebaliknya terjadi apabila dia memakai pakaian harian biasanya di penghujung video.
Sampai ada yang tidak mahu langsung melihatnya. Masyarakat oh masyarakat. – MYNEWSHUB
Oleh : HZQAHMD