Penemuan ikan paus jerung di dalam Malaysia agak jarang kedengaran kerana spesis ini dikatakan semakin terancam.
Namun , beberapa hari lalu gempar apabila penduduk tempatan berdekatan Kampung Tanjung Batu, Tawau menjumpai ikan paus yang jarang dijumpai itu.
Ikan paus jenis Rhicondon Typus ini tersangkut pada pukat salah seorang penduduk tempatan yang sedang memukat di tengah lautan.
Bagaimanapun, ikan paus tersebut akhirnya dilepaskan.
Untuk makluman, ikan paus jerung atau whale shark mempunyai saiz yang lebih besar daripada manusia. Namun jangan risau kerana spesis ini tidak berbahaya kepada manusia kerana ianya hanya memakan ikan dan udang sebagai makanan utama.
Wah ,jika dilihat dalam gambar, ikan paus ini seakan-akan jinak.- MYNEWSHUB
(Isu Bersalin Ditaja: Che Ta Minta Jangan Pertikai Rezeki Bayi – KLIK)
Oleh : Farah R