Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kertas Siasatan Lengkap Dalam...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah mengambil keterangan bekas...

Jangan Terpengaruh Hasutan Pembangkang...

BUKIT MERTAJAM - Pengundi dinasihati supaya jangan terpengaruh dengan hasutan pembangkang dalam kempen...

Agong Cemar Duli Beli...

KUALA LUMPUR - Perkongsian video memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa...

11 Ahli Geng 35...

SUNGAI PETANI - Seramai 11 individu termasuk dua wanita dipercayai mempunyai kaitan dengan...

“Geng Hisham” Ditahan, Motosikal & Komponen Dirampas

BUKIT MERTAJAM – Tiga lelaki, termasuk ketua kumpulan ‘Geng Hisham’ yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), ditahan dalam Ops Cantas Khas Motosikal, di sini.

Dalam operasi pada Jumaat lepas, polis turut merampas motosikal serta pelbagai komponen kenderaan itu bernilai RM15,000, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah.

“Dua lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sentul manakala seorang lagi ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Mertajam,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas program High Profile Policing di Machang Bubuk di sini hari ini, Mazlan berkata dengan penahanan tiga lelaki terbabit polis percaya dapat menyelesaikan 12 kes curi motosikal yang dilapor di daerah SPT.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati geng berkenaan aktif mencuri motosikal di sekitar pusat beli-belah sejak enam bulan lepas dan polis kini mengesan dua lagi anggota kumpulan itu berusia dalam lingkungan 20-an. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori