Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kecoh ‘Hantu’ Tutup Pintu...

SERAM... Ini bukan drama ngeri atau filem tahyul, namun kisah pintu platform sebuah...

KBS Tetap Bantu Peng...

MUAR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetap akan membantu beregu campuran utama...

Tengku Abdullah Ingatkan Rakyat...

TEMERLOH - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini mengingatkan...

Suspek Insiden Keganasan Di...

PATTANI - Polis Thai telah mengenal pasti tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam...

The Geroboc Rancang Pasarkan Kasut Wanita Ke Luar Negara

TIADA siapa menyangka pengasas jenama kasut wanita yang menjadi kegilaan pembeli dalam talian, The Geroboc adalah seorang remaja lelaki yang berusia 25 tahun, Fairul Hafizi atau di panggil Fizi.

Perniagaannya bermula di Instagram pada September tahun lalu. Hanya dengan menjual kasut tapak rata atau dikenali sebagai ‘super comfy shoe’ dengan harga RM30 hingga RM80 sepasang, Fizi tidak menyangka kasut itu menjadi kegilaan ramai.

the geroboc-shoe1

Mengimbas kembali, Fizi berkata, ketika itu, dia masih bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat kewangan. Bermodalkan RM5,000 dia membeli 700 pasang kasut untuk mencuba nasib sebagai usahawan. Bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan, dia turut menjual di tapak niaga Uptown Kota Damansara sambil mempromsikan di Instagramnya, The Geroboc.

the geroboc- shoe

“Di awal perniagaan, saya mesti memastikan kesemua stok kasut habis dijual sebelum saya menggunakan semula wang itu untuk menggandakan stok seterusnnya. Ini yang saya lakukan berulang kali sehingga saya dapat mengumpul wang untuk membuka kedai sendiri.

“Dari seorang diri meniaga di bazar-bazar malam atau hujug minggu, kini saya mempunyai dua orang pekerja yang akan membantu saya menguruskan tempahan dan pesanan samada di Instagram atau pun yang datang terus ke kedai,” katanya yang ditemu Mynewshub baru-baru ini.

the geroboc

Kini, The Geroboc beroperasi di outlet sendiri di The Strand, Kota Damansara bagi memudahkan pelanggan dan peminat kasut mendapatkan koleksi terkini jenamanya. Fizi melaburkan kira-kira RM50,000 dari wang perniagaan dan simpanannya bagi mengukuhkan jenama The Geroboc untuk bersaing dengan jenama yang lain.

The Geroboc kini mempunyai hampir 84,000 pengikut di Instagram.

Butik Kasut


“Selain jumlah pengikut atau ‘follower’ menjadi faktor untuk melariskan jualan, kualiti yang ditawarkan juga perlu diambil kira. Saya akan memastikan kasut-kasut yang di jual benar-benar selesa selain di jual pada harga yang berpatutan.

Menjadikan pereka kasut terkenal, Jimmy Choo sebagai sumber inspirasi, Fizi juga merancang mengeluarkan kasut rekaan sendiri tidak lama lagi.

DSC_8451

“Selain itu, saya juga merancang ingin membuka rangkaian butik The Geroboc lebih banyak lagi. Bukan saja di Malaysia, tetapi juga negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Ini kerana, kami mempunyai ramai pelanggan dari negara tersebut yang membeli melalui instagram ketika ini. Jika boleh, impian saya ingin melihat kasut jenama The Geroboc dimiliki oleh setiap wanita,” katanya.

Bagi usahawan baru yang berjinak-jinak dengan perniagaan online, Fizi menasihatkan usah mengambil kerja mudah ketika menjalankan perniagaan.

“Jika ingin meniaga, produk mesti ada. Harus mengenali produk sebelum memasarkannya. Ini memudahkan kita berurusan dengan pelanggan yang bertanyakan tentang produk itu.

“Lebih elok jika kita memuat naikkan gambar asli yang dirakam sendiri. Ada yang sanggup mencuri gambar dari peniaga lain atau menggunakan gambar di internet untuk meyakinkan pelanggan. Jika pelanggan merasa tertipu atau terpedaya, ini hanya memburukkan perniagaan kita sendiri,” katanya.

Bagi ingin mendapatkan koleksi jenama ini, The Geroboc beroperasi di 48-1, Jalan PJU 5/20D, The Strand, Kota Damansara, Selangor atau instagram, THEGEROBOC. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori