Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Netizen Bantu Khaidir Ahmad...

KUANTAN - Status laman sosial Facebook bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Khaidir Ahmad,...

Gelagat Selebriti Tempatan Tonton...

WALAUPUN semalam pasukan kebangsaan Harimau Malaya tidak berjaya mencatat kemenangan pada perlawanan separuh...

Majlis Sosial Negara Akan...

KUALA LUMPUR - Majlis Sosial Negara akan menggubal definisi buli yang lebih konkrit...

239 Ibu Sawat Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 239 ibu sawat bagi projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi...

Giger Dan Lechner Ungguli Peringkat Ketiga LIMBC 2014

LANGKAWI – Bekas juara 2012, Fabian Giger dari Switzerland membuktikan kehebatannya apabila memenangi peringkat ketiga Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2014 di sini hari ini bagi kategori lelaki elit manakala kategori wanita menjadi milik pelumba Itali, Eva Lechner.

Saingan peringkat ketiga ‘Maraton Langkawi’ sejauh 63km menyaksikan Giger, daripada pasukan Giant Pro XC, mencatatkan masa tiga jam 14 minit 21.70 saat, mengatasi pelumba pasukan kebangsaan Slovakia, Michal Lami dengan kelebihan satu minit (3:15:35.10s) manakala pelumba Jerman, Karl Platt di tempat ketiga dengan catatan masa 3:15:36.30s.

Walaupun Giger memenangi peringkat ketiga, jersi kuning masih kekal menjadi milik Platt, yang mewakili pasukan Bulls, dengan mengumpul masa keseluruhan terpantas 7:33:02.60s.

Giger berkata beliau sangat gembira apabila berjaya memenangi peringkat ketiga setelah gagal memenangi peringkat sebelum ini akibat tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Malaysia.

“Memandangkan cuaca panas, perlumbaan ini sukar terutama di peringkat pendakian. Saya gembira kerana dapat menamatkan saingan walaupun tidak dapat menyarung jersi kuning,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Platt, bekas juara edisi 2011, yang berjaya mempertahankan jersi kuningnya, berkata beliau gembira kerana masih dapat mempertahankan jersi walaupun perlumbaan peringkat ketiga sangat mencabar.

“Perlumbaan ini adalah sukar berbanding dua peringkat sebelum ini. Saya tidak jauh daripada Giger dan cuba sebaik mungkin untuk berkayuh dengan laju untuk sampai ke garisan penamat.

“Saya rasa saingan kali ini lebih mencabar dan lebih menarik berbanding edisi tahun lepas.

“Oleh kerana masih memegang jersi kuning, maka pelumba lain akan melakukan ‘serangan’ pada peringkat keempat esok tetapi saya berharap dapat memegang watak pendahulu sehingga akhir saingan,” katanya.

Bagi kategori wanita elit pula, Lechner merampas jersi merah jambu, selaku pendahulu, daripada pelumba pasukan kebangsaan Slovenia, Blaza Klemencic.

Lechner, daripada pasukan Colnago Sudtirol, berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 42km dengan mencatatkan masa 2:23:17.40s.


Pelumba Slovenia, Tanja Zakelj, yang mewakili pasukan Unior Tools, berada di tempat kedua dengan catatan masa 2:30:23.30s manakala pelumba Jovana Crnogorac, yang mewakili pasukan kebangsaan Serbia, di tempat ketiga dengan masa 2:31:47.20s.

Lechner berkata perlumbaan peringkat ketiga lebih mudah berbanding tahun lepas.

“Saya menyasarkan gelaran pada peringkat ketiga dan selain mencapai sasaran, saya juga bertuah dapat merampas jersi merah jambu. Saya perlu berusaha keras bagi memiliki kelebihan masa pada peringkat seterusnya untuk mengekalkan jersi,” katanya.

Esok, pelumba akan menghadapi cabaran peringkat keempat sejauh 4.5 km bermula di Oriental Village.

Edisi kelima LIMBC 2014 yang bermula Isnin hingga Sabtu, menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$150,000 (RM500,000).

KEPUTUSAN PERINGKAT KETIGA:

LELAKI ELIT:
1. Fabian Giger (SUI) Giant Pro XC (3:14:21.70s)
2. Michal Lami (SVK) Slovakia (3:15:35.10s)
3. Karl Platt (GER) Bulls (3:15:36.30s)

WANITA ELIT:
1. Eva Lechner (ITA) Colnago Suditrol (2:23:17.40s)
2. Tanja Zakelj (SLO) Unior Tools (2:30:23.30s)
3. Jovana Crnogorac (SRB) Serbia National (2:31:47.20s)

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori