Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Iklan Pro-Feminisme Ford Rai...

SEJAK berita pembenaran wanita Saudi untuk memandu kereta mencetuskan sensasi oleh media di...

Guus Hiddink Letak Jawatan...

WALAUPUN kontraknya belum tamat namun ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Belanda, Guus...

Sambut Baik Jika RUU...

IPOH - Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menyambut baik sekiranya Rang...

Op Harapan Terima Maklum...

KUALA LUMPUR – Pelancaran Operasi Harapan (Op Harapan) di 23 kawasan tumpuan orang...

GMM Ucap Tahniah Kepada Datuk Seri Najib

KUALA LUMPUR – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) mengalu-alukan pemilihan Malaysia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) untuk penggal 2015-2016.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, GMM mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Sri Anifah Aman yang telah bertungkus-lumus mengecapi kejayaan tersebut.

“GMM percaya bahawa pemilihan ini merupakan satu penghormatan kepada Malaysia di PBB dan ia menyediakan satu platform penting bagi Malaysia mempromosikan kesederhanaan bukan sahaja di peringkat nasional, tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa.

“GMM berharap agar kerjasama yang erat dengan kerajaan Malaysia dapat dilaksanakan untuk membangun, memperkukuh dan mengembangkan peranannya dalam membentuk, menyokong dan mengekalkan keamanan dan kestabilan global,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Najib hari ini melahirkan kesyukuran dengan pemilihan Malaysia sebagai anggota tidak tetap UNSC dan akan memperkembangkan agenda kesederhanaan atau wasatiyah ke peringkat global.

Malaysia memperoleh 187 undi daripada 193 negara anggota yang menyertai proses pengundian secara sulit di New York, Amerika Syarikat semalam. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori