Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Obama Kutuk Pembunuhan Kejam...

WASHINGTON - Presiden Barack Obama mengutuk pembunuhan 'kejam' Jo Cox, ketika menyampaikan ucap...

Kerjasama TH, STC Mudahkan...

MADINAH - Tabung Haji (TH) menjalinkan kerjasama dengan syarikat ​​​​​Saudi Telecommunications Company (STC) bagi memberi kemudahan perkhidmatan kad sim prabayar...

9 Maut, Ribuan Terkandas...

TOKYO - Angka korban taufan Jebi meningkat 9 orang dengan ribuan lagi terkandas...

Pameran Lukisan Alumni Sempena...

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Raja...

Gol Hazard, Diego Costa Bantu Chelsea Benam Arsenal

LONDON – Chelsea terus gah mendahului carta Liga Perdana Inggeris selepas menumbangkan Arsenal 2-0 di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Dua gol, masing-masing satu daripada Eden Hazard menerusi sepakan penalti pada minit ke-27 dan penyerang prolifik, Diego Costa pada minit ke-78 sudah memadai buat skuad The Blues menguatkan cengkaman selaku pendahulu.

Anak didik Jose Mourinho sudah mengutip 19 mata daripada tujuh perlawanan untuk memberi gambaran awal mungkin akan kembali merampas mahkota kejuaraan liga, musim ini.

Perlawanan itu turut dicemari permusuhan di antara pengurus Chelsea, Mourinho dan Arsene Wenger yang bergeseran sesama sendiri.


Persengketaan di antara kedua-dua individu itu berlarutan hingga tamat babak pertama termasuk tindakan Mourinho menolak dada Wenger hingga menyebabkan pengadil perlawanan mengeluarkan amaran.

Dalam perlawanan lain, Tottenham Hotspur menewaskan Southampton 1-0 menerusi jaringan tunggal, Christian Eriksen pada minit ke-40. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori